3/30/11

Kembaraku dan Solat

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah. Sungguh banyak nikmatNYa yang kita kecapi. Dari tangisan kita selepas keluar dari alam rahim, hingga ke saat anda membaca penulisan aku ini. Sungguh tidak terhitung nikmatNYA.

Alhamdulillah. Sementara menanti keputusan SPM yang lalu, aku diberi kesempatan untuk melihat dunia. Aku menjelajah ke serata bumi Malaysia ini. Walaupun kadang-kadang hati ini tidak mahu melihatnya, tetapi yang jelasnya keadaan begitu memaksaku.....

Allah s.w.t. berfirman: 
“Oleh itu, bukankah ada baiknya mereka mengembara di muka bumi supaya mereka menjadi orang-orang yang ada hati yang dengannya mereka dapat memahami atau ada telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? (Tetapi kalaulah mereka mengembara pun tidak juga berguna) kerana keadaan yang sebenarnya bukanlah mata kepala yang buta, tetapi yang buta itu ialah mata hati yang ada di dalam dada.”
(Surah al-Hajj 22: 46)


Aku berkembara bersama keluarga. Aku berkembara bersendirian. Aku kembara ke mana-mana. Sama ada menaiki kereta mewah keluarga mahupun menaiki bas cabuk yang hanya menanti hari peleraiannya. Semua itu membuatkan aku cuba membuka mata hati anugerah ILAHI secara perlahan-lahan bagi meneliti rentak hidup saudara-saudaraku di luar sana. Namun, akhirnya, aku terasa ingin rebah. Inikah yang bakal aku tempuhi di luar sana nanti?? Melihat keadaan ummah yang agak kritikal parah mereka. Beragama ISLAM, tetapi mahu tiru budaya barat yang merosakkan. Tidak tahu yang Halal dan Haram. Yang Haram dianggap Halal. Akhirnya, semuanya Halal.

Pasak Islam, dibiar runtuh tak berirama tanpa cuba mendirikannya semula. Ya, tiang agama itulah pasaknya yang sepatutnya dipasak sekurang-kurangnya sejak umur 7 tahun. Mereka leka, mereka alpa. Ya Allah, jangan Kau hanyutkan kami dengan nikmat besar yang bercurah-curahan yang Kau telah berikan. Kita tenggelam dalam. Tenggelam terlalu dalam ke dalam nikmatNYA. Aku takut. Aku gentar ya Allah. Inikah keadaan akhir zaman??

Sangat terlalu ramai umat Islam di Malaysia ini yang tidak mahu solat. Entah mengapa. Terlalu beratkah? Atau kita terlupa memasang CCTV Allah berupa TAQWA ( melakukan apa yang ALLAH suruh, dan tinggalkan apa yang ALLAH larang ) didalam jiwa dan diri anda?? Hingga hilang rasa takut kita kepada Allah. Hingga hilang rasa berTUHAN dalam diri kita.


Sila lihat berita dibawah bagi menyokong fakta aku.

Kajian mendapati ramai pelajar sekolah menengah dan institusi pengajian tinggi (IPT) masih tidak memahami erti bacaan al-Fatihah dalam solat mereka, kata Prof Emeritus, Datuk Dr Isahak Haron.


Sumber: Berita Harian 28.02.2011
(Sila klik untuk besarkan imej)


Tokok akademik dari Fakulti Pendidikan dan Pembangunan Manusia Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) itu berkata, kajian menunjukkan 80 peratus pelajar Tingkatan Dua dari beberapa sekolah menengah serta penuntut sebuah universiti, gagal menjelaskan makna bacaan al-Fatihah.

Beliau berkata, perkembangan itu jelas membimbangkan kerana pemahaman dan penghayatan makna bacaan al-Fatihah amat penting untuk memperoleh kekhusyukan dalam solat, sekali gus memberi lebih kesan ke arah pembentukan Muslim yang dituntut agama.

"Justeru, sistem pendidikan Islam di sekolah mesti menitikberatkan aspek pemahaman serta penghayatan dalam mengerjakan sembahyang, dan bukan hanya tertumpu kepada didikan pergerakan fizikal atau bacaan yang betul," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dasar pada Forum Pendidikan Nasional bertema 'Transformasi Pendidikan Nasional Hadapi Cabaran Pembangunan Ekonomi dan Perubahan Politik' anjuran Majlis Perundingan Melayu di sini, semalam.


*********

Seterusnya Isahak berkata, pelajar Melayu dari Tahun Dua hingga Tingkatan Lima yang masih tertakluk kepada pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), dikhuatiri terus lemah dalam subjek kritikal itu.

"Mereka akan terus menjadi 'lost generation' seperti kumpulan pelajar yang lalu. Bagi kira-kira 30 peratus pelajar yang gagal teruk dalam Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris di sekolah secara kumulatif, pendidikan di sekolah sudah tidak bermakna. Sekolah tempat mereka 'gagal'," katanya.


al-Fatihah merupakan surah pertama (Pembukaan) yang diturunkan dengan lengkap di antara surah-surah yang ada di dalam Al-Quran. Ia dinamakan 'Ummul Quran' (induk Al-Quran) atau 'Ummul Kitab' (induk kitab) kerana ia merupakan induk atau ibu bagi semua isi Al-Quran serta menjadi intisari daripada kandungan Al-Quran. Kerana itulah diwajibkan membacanya setiap kali menunaikan solat sebagai salah satu rukun solat.


Makna bacaan al-Fatihah:


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala Puji Bagi Allah, Tuhan Semesta Alam

Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Yang Berkuasa di Hari Pembalasan

Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkau kami meminta pertolongan

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus

Iaitu jalan orang-orang yang telah Engkau berikan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan pula (jalan) mereka yang sesat (sumber )




p/s : Hiba sungguh rasa hati ini melihat sangat ramai yang tidak melaksanakan solat. Adakah anda tidak solat, dan anda iktiraf diri anda, 'kami OK'? Fikirkan..


Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.

 

5 comments:

  1. alamak.... surah tu kan dok baca hari2... maybe kena masukkan dalam exam kot

    ReplyDelete
  2. yui92 : Ermm, macam tu la kan. Lepas ni kena bwk masuk dalam silibus SPM pulak kot. Baru la nak hafaz. Hmmm, exam orientated..

    ReplyDelete
  3. nauzubillah min zalik..tu pun,subjek agama kat sekolah2 pun hanya tasawur yg wajib utk pelajar beragama islam.pendidikan alquran sunnah dan pendidikan syariah hanya untuk pelajar kelas aliran agama atau sekolah agama saja. patutnya,psi n pqs wajib utk semua pelajar islam,bru depa paham btoi2. tapi,yg blajaq agama tinggi2 x praktik pun ada jgak..sekadar "teori" atau atas kertas saja hebat,"praktikal"nya hampeh.. =,="

    ReplyDelete
  4. Syafawani : itulah namannya 'exam orientated'..kesannya beginilah, atas slip tulis A lagi, tapi nak amal tu, hhmmmp, memang sukar sangat..

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter