1/20/24

Rindu Mama


Hari ini semasa berwhatsapp dengan Kak Long, dia memberitahu yang mama merinduiku.

Hinggakan ternampak-nampak diriku ketika membeli belah di tempat yang pernah aku selalu beli belah di Kangar.

Terus sebak datang menyerpa menyelimuti kantung air mata, dan akhirnya berjurai air mata ini.

Sedih terbungkam.

Tiada kata.

Aku tak mampu menahan jika mama bersedih merindukanku, kerana aku juga sama, merindukan dia sesungguh-sungguhnya. 

Namun perjuangan ini menuntut pengorbanan dan kekuatan.

Semua ini harus aku 'bayar' hari ini untuk mencapai sa-suatu yang besar di sana.

Semua yang terlibat dalam perjuanganku ini ada pahala mereka yang tersendiri, mereka juga berkorban untuk diriku, selayaknyalah syurga buat mereka.


______

Dr Muhd Iqbal Samsudin

10.14 pm

Arena Niaga Simee, Ipoh

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter