9/16/23

Proses Yang Tak Terkhianatkan

 ramai yang hanya mahu menikmati hasil,

tapi tak mampu bersabar untuk menikmati proses sebelum menuai hasil,

yang dia fikir hanya hasil, 

namun dangkal pada memperkukuhkan dan menambah baikkan proses,

kerana itu hasil yang diterima selalu tempang,

kerana adanya orang yang begini.


setiap yang ada di dunia ini, sunnatullahnya mempunyai proses

tak zup zap gedeguihhh jadi seketul terus

harus bersabar, bersabar dan bersabar


kalau tak mampu untuk menikmati dan menghayati proses

jangan mimpi mahu menjulang hasil

mereka yang tidak bersabar pada proses inilah yang selalunya mengkhianati hasil

acah mahukan kecepatan tapi dangkal dalam bekerja

tak ada buah durian tumbuh masak dalam sehari

harus disemai dahulu, disiram, diracun, dijaga, dibaja, diberi cahaya

barulah timbul hasil buahnya yang termusang KING!


jadi pemerhati yang baik, jalani kerja sendiri, alami sendiri

supaya kita akan lebih empati dan lebih menghayati setiap proses

sebelum mendambakan hasil kebabom!


- Dr Muhd Iqbal Samsudin

1251H

16/9/23

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter