2/15/12

Buang 'Tidak Pedulisme'. Cakna Dunia Islam.

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Kuliah kembali bermula. Kembali meneguk ilmu diperlembahan Nil ini. Kembali sibuk dengan segala ilmu. Mohon ada keberkatan masa di situ.

[ kredit ]


Syria

Saya menyepi di alam blog ini tidak bermakna saya tak cakna dengan isu-isu besar sebegini. Sesungguhnya, itulah bukan sifat seorang mukmin. Tidak hirau langsung saudara-saudaranya.

Saya tidak akan mengulas isu ini dengan terperinci. Hanya meninggalkan sedikit kalam pemuka buat semua. Saya sedar, masih ramai yang ada sikap 'tidak pedulisme'. Serius, masih ramai!

Nabi S.A.W bersabda, 
“Sesiapa yang tidak mengambil berat terhadap urusan (hal, keadaan) orang muslimin, maka bukanlah dia dalam kalangan mereka. Dan sesiapa yang memulakan harinya dengan mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah”.
(Riwayat At-Tabrani)
Kini, sudah ramai yang terkorban. Allah..


Ya, kita mungkin kurang mampu tolong secara zahir, tapi insya-Allah semua orang mampu untuk tolong melalui cara lain. Banyak lagi sebenarnya. Sekurang-kurangnya kita mampu utuskan doa kudus kita buat saudara-saudara kita di sana. Mudah sahaja. Setiap kali selepas solat pun boleh buat.

Baginda صلى الله عليه وسلم bersabda bermaksud: “Doa itu adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit dan bumi.”(Hadis riwayat Al-Imam Al-Hakim)

Doa qunut nazilah boleh dilakukan pada setiap solat baik Subuh, Zohor, Asar, Maghrib dan Insyak. Tangan diangkat sewaktu berdoa dan boleh mengaminkan bacaan sang Imam dengan suara yang kuat menurut pendapat mazhab Syafie dan Hambali. Berdoalah untuk umat Islam di Syiria, Palestin dan seluruh dunia yang sedang tertindas. Sama ada kita membacanya dalam solat sebagai imam atau berusaha memujuk imam di tempat kita supaya membacakannya. Itulah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim!



Usahlah berpeluk tubuh lagi. Mahu tunggu apa? Tunggu bom Israel jatuh di hadapan anda baru mahu ambil peduli hal orang-orang Islam?

Paling tidak pun, baca la info-info tentang saudara-saudara kita ni. Zaman sekarang ni mudah, klik saja. Tak payah pergi kedai beli surat khabar pun tak apa.

Nah, saya sediakan link menarik mengenai Syria. 

Dari facebook : 


Blog :










Mungkin ini sahaja yang saya mampu lakukan melalui blog ini. Moga ada manfaat buat anda semua. 


Wallahua'lam

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


5 comments:

  1. sama-sama cakna isu Syria, Allahuakbar!

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, enta sekarang study di mana? azhar ke?

    tahrir sekarang berdemo lagi ke di sana? moga segala-galanya aman selepas pilihan raya disana, amin :)


    Penjelasan Syubhah Dalam MLM

    ReplyDelete
  3. ad-Dien :

    tidak, saya belajar di Ain Shams University, mengikut pihak penaja saya. Walaubagaimanapun, al-Azhar sentiasa dihatiku.

    Ya, tahrir sentiasa berdemo, doa-doakanlah kami di sini sentiasa selamat, insya-Allah.

    ReplyDelete
  4. semoga segala-galanya baik sahaja disana, insyaAllah :)

    jangan berdemo di tahrir pula ye..hehe...

    p/s- di sana ada marsyaikh saya, di sakandar/ iskandariah :)

    larangan Isbal Dan Persoalan Berkaitannya

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter