3/11/11

Sah, 23 Mac 2011 Tarikh Keputusan SPM 2010 Diumumkan !!



Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM 2010) akan diumumkan pada hari Rabu 23 Mac 2011 ini.

Maklumat ini disahkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Abdul Ghafar Mahmud apabila dihubungi oleh akhbar News Straits Times semalam.

Peperiksaan bertulis SPM 2010 telah dijalankan dari 23 November hingga 20 Disember 2010 yang lalu. Seramai 467,970 orang calon akan menduduki SPM pada tahun lepas di 3,594 buah pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan adalah seramai 410,083 orang, calon MRSM, MTD dan Sekolah Perantis Tentera seramai 7,216 orang, calon Sekolah Menengah Agama Negeri seramai 8,127 orang, calon Sekolah Swasta dan Sekolah Menengah Agama Rakyat seramai 11,248 orang dan calon Persendirian Perseorangan seramai 31,296 orang. ( sumber )

Here from NSTonline :

KUALA LUMPUR: The Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) examination results will be out on March 23.
Education director-general Datuk Abdul Ghafar Mahmud confirmed the date yesterday with the News Straits Times.

Between Nov 23 and Dec 20 last year, some 467,970 candidates sat the SPM examination at 3,594 centres nationwide.

There has been much speculation on various online channels such as blogs and social networking sites about the date the results will be released.


p/s : Akhirnya , teka-teki terjawab. Ya Allah, kurniakanlah kami keputusan yang cemerlang supaya mudah untuk kami menegakkan agama-Mu kelak..

Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.



7 comments:

  1. wah... fuh, moga berjaya kita semua nanti capai impian masing2

    ReplyDelete
  2. Jgn risau..keputusan dah tercatat dlm slip :)

    ReplyDelete
  3. dah tercatat ya, ana ni rasanya dah 3 kali mimpi, risau2... takpa, keputusan itu berdasarkan usaha gigih kita selama sebulan... semoga berjaya semua...

    ReplyDelete
  4. arsal74 : ya, betul tu cikgu, reda sahaja dengan apa yang kita perolehi, insya-Allah...

    SeRiKaNDi_uMaR93 : ana pun dh mimpi byk kali..

    Abah Yie & Ummi Na : amiin..

    ReplyDelete
  5. hampir 1/2 juta pelajar ambil SPM 2010.. memang persaingan sengit nak masuk ipta/ipts pilihan masing2.. moga2 berjaya setapak lagi warna SPM meneruskan perjuangan.Takbir(^-^)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter