6/10/22

Tiada Herba Yang Menjadi Ubatan di Hospital? - Ini Jawapannya

 Tercetus satu persoalan pada hantaran FB Dr Suhazeli, apabila beliau menyuarakan tentang produk Sacha Inchi sekarang ini terlalu overclaim.

Begini persoalannya :


Benarkah tiada herba atau tumbuhan yang digunakan di hospital sekarang?

Ikuti jawapan Dr Suhazeli :


Anda silap. Lebih 25% ubatan hospital adalah asas Berikut adalah asalnya herba, kemudian kajian telah dilakukan melepasi fasa-fasa kajian perubatan.

šŸŒ±Digoxin - Foxglove (kegagalan jantung)

šŸŒæMorphine - Opium (tahan sakit)

šŸŒ²Vincristine - Vinca Rosea (anti kanser -kemoterapi)

šŸŽ„Aspirin - Pokok Willow (anti radang)

šŸŒ³Paclitaxel - Pokok Pacific Yew (anti kanser -kemoterapi)

šŸ„£Papain - Betik (anti radang)

šŸ€Galega Officinallis- Goat’s-ru (Metformin: Ubat Kencing Manis)

Semua ubat-ubatan di atas dihasilkan dari tumbuh-tumbuhan. Sebenarnya hampir 25% dari ubat-ubatan ‘moden’ adalah berasal dari sumber semulajadi.

Kalau orang kata lepas ni asalkan tumbuhan itu selamat, cuba tengok ubat anti kanser yang berasal dari tumbuhan. Yakin tak untuk rebus sendiri pokok Vinca Rosea dan minum air rebusan?

Yang membezakan sesuatu bahan itu selamat atau tidak adalah DOS. Jadi sebelum sesuatu bahan diiktiraf untuk digunakan sebagai rawatan penyakit, perlu ada kajian tentang DOS yang berkesan untuk merawat penyakit, dan DOS yang selamat untuk manusia.

Kajian makmal mungkin boleh tunjukkan sesuatu bahan tu boleh merawat kanser atau sebagainya, namun belum tentu dos yang perlu digunakan sesuai untuk manusia.

Yang menentukan sesuatu bahan itu selamat bukannya sumbernya samada sintetik atau semulajadi, tapi DOS. Kalau DOS pun tak ada yang valid, macam mana nak kata sesuatu herba digunakan dalam rawatan penyakit seperti kanser, kencing manis, darah tinggi dan lain-lain itu selamat? Sudah pasti kajian secara berperingkat dan terperinci perlu dijalankan.

Contohnya, minyak sawit telah terbukti dikaji untuk buat minyak kereta dalam bentuk biodiesel, adalah tidak munsabah kita beli minyak sawit kat kedai dan tuang dalam tangki minyak kereta kita. Itu gila namanya. Biodiesel ini adalah minyak sawit yang sudah di proses, dikaji keberkesanannya dan selamat untuk kegunaan kenderaan. Ianya terbentuk dalam formulasi tersendiri yang sudah tentu melepasi kajian-kajian pengesahan selamat dan boleh digunakan. Mestilah badan berautoriti yang mengesahkan dan mengeluarkan untuk kegunaan orang ramai.

Matematiknya senang!

F. H. Abad

Boleh juga banyak lagi review herba dan kaitan perubatan oleh pakar herba UPM dalam https://www.drcheputeh.com


___


Wallahua'lam

Moga bermanfaat dunia akhirat

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter