“Ustaz, makcik ni sedih la…”
Makcik ni ikut mood dia, kadang panggil ustaz kadang doktor. Ikut dia la.
“Awat makcik?”
“Makcik duk dengaq dalam radio sebelum ni, depa duk doa elak penyakit gila, makcik sedih la sebab makcik ada penyakit tu…”
“Laa awat nak sedih makcik. Makcik baca la doa tu. Doa tu Nabi yang ajaq tu makcik. Makcik baca tu bukan sekadar boleh jadi penawar, tapi boleh dapat pahala sebab Nabi yang ajaq.”
“Oh ya ka ustaz, takpalah nanti makcik baca sekali dengan hat dalam radio tu…”
“Haa baguih makcik..”
“Next kuliah bila pulak ustaz?”
Hah sudah, kuliah pulak dah…
“InsyaAllah nanti kita buat makcik”
“Okay-okay”
.
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ البَرَصِ، وَالْجُنُونِ، وَالْجُذَامِ، وَمِنْ سَيِّئِ الْأَسْقَامِ
“Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada penyakit sopak, gila, kusta dan dari penyakit-penyakit yang buruk”.
_____
Muhd Iqbal Samsudin
#CeritaPSY
281121
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter