7/4/18

Idea Menulis

Ada ramai yang bertanyakan soal idea dalam menulis.

Saya cuba ringkaskan dengan empat tip ini sahaja.


[1]
Fuh soal idea ini, perkara pertama kena akur semua ini ALLAH bagi. Dari segi ilham hinggalah kekuatan menggerakkan badan dan tangan, semuanya taufiq daripada ALLAH. Itulah sebenar-benar hakikat. 


[2]
Kedua kena banyak membaca. Seperti jawapan Sasterawan Negara A. Samad Said bila ditanya bagaimana untuk menulis, “Baca, baca, baca...dan tulis.” Kalau yang keempat masih juga ‘baca’ maka selayaknya kita hanya di tempat ‘pembaca’.

Saya tambah sedikit, termasuk baca al-Quran. Kerana bagi saya hari ini ramai dalam kalangan kita yang kurang tadabbur al-Quran hingga menyebabkan urusan hidup kita jauh dari inspirasi al-Quran.



[3]
Ketiga, keluar berjalan keluar dari tempat selesa, tengok dunia orang, redah perbezaan pendapat dan tempat. Hidup ini perlu berjalan, dan hidup ini perlu dijalankan, supaya hidup dapat dimaknakan dengan selayaknya.



[4]
Keempat eksploitasi segala emosi yang sedang dilalui. #bukuKOYAK antara bukti eksploitasi emosi saya. Sedaya upaya, saya cuba tukar kesedihan kepada kekuatan dengan menulis. 


Moga bermanfaat hendaknya. 😇


#Nota Tulis 


Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt

1023, 040718

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter