5/15/18

Bakhil Kepada Diri



“Ketika engkau memilih untuk menjadi bakhil untuk tidak berikan infaq atau tidak membayar zakat, bukanlah bakhil engkau itu kepada apa yang engkau infaq atau kepada siapa engkau berikan zakat, tetapi hakikatnya engkau bakhil kepada dirimu sendiri!

Dengan sifat bakhil itu telah membuatkan dirimu tak menerima pahala dan kurniaan-kurniaan lain daripada ALLAH."



Sebagai persediaan ramadan, mimbar hari ini lantang berbicara soal solat, zakat dan infaq.


“Solat dan zakat banyak digandingkan bersama dalam al-Quran. Solat itu keikhlasan kita menghambakan diri kepada ALLAH (hablumminaLlah). Manakala zakat itu pula ikhlasan kita bersifat ihsan dengan makhluk-NYA (hablumminannās).”


Tok khatib juga ada memetik kata Syeikh Sya’rawi yang terkenal ketika bekhutbah tentang zakat,

إذا رأيت فقيرا في بلاد المسلمين فعلم أن هناك غنيا سرق ماله

“Apabila kalian lihat (masih ada) faqir miskin di negara-negara ummat Islam, maka ketahuilah bahawa ada sang kaya sedang merompak harta mereka!”


#PelukRamadanDenganTAQWA


110518

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter