5/6/18

Batin Angin Berbisik



Zup
Zas
Zup
Zasssss...



Ada kata dari angin yang singgah di hadapanku.

Oh benar, dia sedang tercungap-cungap membetulkan nafas. 

Dia mendekati telingaku. Dengan roman ingin bisikkan sesuatu.

Aku dengarkan betul-betul setiap patah katanya. 

Aku mahu hargai setiap katanya, tak mahu ada yang terpatah.

Dia mula berbisik...



Pertama kali kau merindu, kata ‘kan terbit dari hatimu. Dia masih berani.

Kali kedua kau merindu, masih ada kata tapi terbatas dalam hati. Dia silu.

Kali ketiga bila rindumu dan rindunya tak mengeluarkan kata, hati tak lagi berdetik, hanya menyimpan genggaman rasa. Batin kalian menjerit di lapangan angin dan batinku menangis mendengarkannya.


Kerana itu aku datang bisikkan padamu, bahawa ada hati di sana sedang merindumu sebagai engkau merinduinya.



Hilang. 


Angin kembali menjadi angin. 
Rasa tapi tak terlihat. Persis rindu. 

Tak sempat kuberterima kasih.


_____


Muhd Iqbal Samsudin
050518

#ibnuDDin #TenangAjaYa 
#HinggaKuMenangKamu



No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter