4/28/18

Berdiri Bersama Cita-citamu



Ayah mengajarkan kami berdiri
dan buat sendiri
segala apa yang kami citakan,
tak ada siapa yang akan
selalu ada bersama
kecuali hanya ALLAH.

Tak ada sesiapa yang akan faham
segala cita-citamu melebihi dirimu,
Tak ada sesiapa yang akan nampak
apa yang cita-citamu akan hasilkan melebihi dirimu.

Kerana itulah, bila sudah bermimpi yang besar-besar,
jangan lupa besarkan hatimu, gagahkan dirimu,
kerana pada mendirikan mimpi itu tak akan pernah mudah,
hanya kita yang saja yang percaya pada apa yang kita sudah nampak di alam mimpi kita, orang lain belum.

Bersiagalah sentiasa untuk berseorang dan kuat mendirikan mimpimu. Sesungguhnya fizikalmu saja yang merasakan keseorangan, namun sang hati harus terus percaya bahawa ALLAH ada bersama. DIA-lah sumber kekuatan segala-galanya.

Berjalanlah dengan DIA.

Dan mimpimu akan membesar dalam pelukan redha-NYA.


180418

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter