[Abang Jalanan] [Nota Diri]
Seorang adik, pasti tidak terlepas daripada sesi didikan.
Namun buat kita si abang, tidak boleh mengelat hanya menghambur marah dan minta penghormatan.
Tidak kena.
Pasti yang dapat, hanya berupa ejekan dan amarah dendam nun di sanubari dia.
Dunia musibah dia mungkin akan berbeza dengan kita. Kerana kita tahu, habuan musibah bagi setiap orang itu berbeza-beza, mengikut kemampuan masing-masing.
Oleh itu, kita tidak boleh tolong lakukan kerja hidupnya sahaja, walau kita tahu tolong itu amalan mulia.
Kita mesti jadi pengajar dan pendorongnya.
Bekalkan dia dengan ilmu, supaya tiba masanya nanti, sedang dia hadapi masalah, dia sudah ada bekalan ilmu dan pernah beramal, serta sedia untuk mengamalkannya.
Laksana lapar di tengah lautan.
Kita ada umpan, kita ada joran.
Tak perlu kita pancingkan untuk dia untuk dia dapat makan. Tetapi, ajarkan bagaimana dengan joran dan umpan itu, kita boleh cari makan.
Dengan cara itu, dia akan belajar sesuatu. Tidak hanya menerima bulat-bulat apa yang diberi.
Ajarkan padanya ilmu hidup. Untuk dia survival di kala memerlukan.
Biar dia belajar bernafas sendiri. Bukan tolong nafaskan untuknya. Jika tidak, tanpa kita, dia pasti akan lemas.
#AbangJalanan
Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2258
251114
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2258
251114
No comments:
Post a Comment
Apa buah kata anda?
Page Blog ini : Fb Page
Twitter Saya : My Twitter