5/17/11

Kembara Hari Guru



Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Alhamdulillah. Selepas badan yang meminta belas untuk direhatkan selesai, kini kuceritakan pengalaman sempena kembara hari guru.

Berikut  tentatif majlis :
TENTATIF MAJLIS
15 Mei 2011
9.30 – 12.00 pg
Memproses ayam untuk BBQ
1.00 – 3.00 ptg
Berehat, solat di rumah saudara Nadzrin
3.00 – 6.00 ptg
Berboling di Aneka
6.30 - 7.30 mlm
~Buggie ride di Tasik Darulaman (sesetengah sahaja)
~Bersedia dan membeli sedikit barang untuk BBQ (sesetengah sahaja)
8.00 – 11.15 mlm
SeBBQ, Memanggang dan menggoreng makanan yang ada
11.30 – 12.00 mlm
Jamuan makan

16 Mei 2011
12.00 – 12.30 pg
Jamuan makan
1.15 pagi
Wayang ; KONGSI
3.00 pagi
Ingatkan berfutsal, rupanya pulang hampa tanpa futsal (sesetengah sahaja)
4.00 – 6.00 pg
Tidur
8.30 – 9.15 pg
Bertolak ke sekolah dengan 8 buah kereta
10.00 – 12.00
Meraikan Hari Guru bersama guru membawa kek 3 tingkat yang dirasmikan Puan Bibi Sabariah
1.00 – 3.00 ptg
Mengemas, tidur di rumah Nadzrin
3.15 ptg
Bersurai
*p/s: masa tidak setepat yang ditulis


 Alhamdulillah. Aku sangat seronok dapat berjumpa sahabat-sahabat seperjuangan kembali. Sangat meriah. Itulah yang kuimpikan selama ini. Bendalir ukhwah antara kita sungguh kuat. Sangat kagum! Batch TRIO lelaki dihimpunkan pada kali ini. Semuanya sangat indah.

Pada awal hari ahad, aku bersama rakanku, Amsyar, menaiki motor Yamaha Lagenda dari Kuala Pegang dengan purata kelajuan 110km/j merentasi desa dan lebuh raya. Kami Batch TRIO lelaki berkumpul di rumah saudara Nadzrin di Tanah Merah, sangat berdekatan dengan Masjid al-Muttaqin, yang aku iktiraf antara masjid aktif dalam negeri Kedah ni. Kebanyakan rakan-rakan adalah dari utara dan yang berada di selatan tanah air tak dapat hadirkan diri. Penang, Kedah dan Perlis.

Keringat yang dikerahkan oleh sahabat-sahabat yang berada di area sekitar Jitra sangat-sangat dihargai. Terima kasih Zakaria ( a.k.a Mon ), Faris 'Azim, Nadzrin dan Amirul Syafiq !!

Alhamdulillah, sempat juga kami semua berjumpa dan berbual mesra sesama kami. Fuhh, memang riuh satu rumah. Ye la, cuba bayangkan, satu rumah tu, kami semua kira-kira 31 orang budak laki ada. Haha, memang hingaq!!

Kami jugak sempat bergembira di tempat-tempat sekitar Jitra dan Bandar Darul Aman ni. Nak tengok gambar, Nah, tengok la~

rehat sebentar sementara menunggu rakan lain

berboling

hafeez@matpet

sentiasa bersama

kami masih bersama

bajet titanic, haha

Apabila aku memandu Buggy Ride, huhu

kehujanan rintik tatkala bergambar

di hadapan rumah saudara Nadzrin






BerBBQ







Membakar ayam dan sosej



Ya, inilah hasilnya



bergambar sebelum makan



Alhamdulillah, keesokkan harinya, kira-kira pukul 8.30 pagi, kami semua bertolak ke sekolah kami, SBPI Kubang Pasu bagi meraikan guru . Kami semua berkonvoi dengan beberapa buah kereta dan motor berderetan di atas lebuh raya sebelum tiba di sekolah. Huh, akhirnya tiba jua. Tanpa membuang masa, kami menyerbu semua guru untuk mengucapkan 'Selamat Hari Guru' buat mereka semua. Seronok melihat mereka. Rindu di dada juga terubat setelah melihat mereka. :)




KEK 3 TINGKAT : Ini hadiah kami buat guru-guru


Madam Bibi Sabariah memotong kek




Guru kimiaku


Berbual mesra dengan guru Bahasa Melayu kami, Cikgu Ariffin

Encik Malik

kami sayang cikgu-cikgu kami

meraikan guru-guru



Mengambil cenderahati sekolah yang tidak dapat aku ambil semasa hari anugerah cemerlang dahulu

Berakhir acara di sekolah, kami pulang semula ke rumah Nadzrin. Ada juga yang teru pulang ke rumah masing-masing. Selepas Zohor, aku pulang semula ke rumah. alhamdulillah selamat. Terima kasih semua. Anda memang terbaik. Hiba hati ini. Kita semua bakal berpisah. Ada yang bakal ke luar negara, ada yang kekal dalam negara. Tetapi insya-Allah kita akan terus bersama :)

Lihat juga entri ini : Selamat Hari Guru :)


Laporan Faris 'Azim -->  TRIO : Kembara Hari Guru i-kups





Wallahua'lam


Muhammad Iqbal
Baling, Kedah.



4 comments:

  1. Alhamdulillah, nampak seronoknya..jrg sekali ada yg buat acara seperti ini..

    ReplyDelete
  2. asrar : Uishh, ingat sapa tadi. Bertukar nama rupanya. Lar, dekat situ ka. hihi

    Nazihah@Jiha : hmm, memang sangat seronok. Dapat jumpa balik kawan-kawan. Lepas ni kami semua akan bertaburan ke serata dunia:)

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter