7/24/11

Nak Couple Islamik?





  السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بسم الله الرحمن الرحيم 






Ikuti kisah ini :
Kisahnya mengenai 3 orang, Syafiq, Safura dan Muhammad. Syafiq dan Safura sama-sama belajar di SAM Bestari. Beberapa lama kemudian, Syafiq jatuh hati pada keayuan Safura. Matanya mengalahkan Zinnirah. Wajahnya berseri-seri dengan cahaya keimanan. Pergh!! Cantik sangatlah jika nak diceritakan. Tetapi, Syafiq cuba tahan. Dia tidak boleh meluahkan perasaan dia pada Safura sebab nanti takut kena tangkap dengan ajk pencegah maksiat sekolah.

Beberapa tahun berlalu...Akhirnya, apabila Syafiq berada di Tingkatan 5, dia sudah tidak mampu bertahan. Dia mengatur langkah dan akhirnya, Safura tewas pada pujuk rayunya. Walaubagaimanapun, mereka ini sedar yang mereka orang Islam. Islam tidak membenarkan umatnya ber’couple’. Jadi mereka berpakat yang mereka ini hendak membuat satu revolusi dalam couple. "COUPLE ISLAMIC". Asal keluar, pergi tempat terbuka. Tak mainlah tempat gelap-gelap ni. Bukan itu sahaja, Safura kena pakai tudung labuh. Syafiq pula pakai serban dan jubah. Lepas itu mereka keluar bukan membuang masa, keluar bawa Al-Quran. Berhenti di kedai makan, tadarrus lagi. Jalan pula, mana ada pegang-pegang tangan, mereka ikut cara Nabi Musa. Lelaki di depan, perempuan di belakang. Bila balik rumah, missed call pagi-pagi. Suruh qiamullail. Hah! kan Islamik punya couple tu.

Setelah setahun mengamalkan taktik sedemikian, Syafiq ditakdirkan bertemu dengan Muhammad. Ketika itu Syafiq dan Safura sedang bertadarrus di Radix Fried Chicken (RFC). Muhammad tiba-tiba datang menghampiri mereka kerana tiada tempat duduk. Bila duduk, Muhammad bertanya, "Have you married?". "No.", jawab Safura. "So, why you sit together with this ajnabi alone here", tanya Muhammad. "Kami couple, tapi Islamic way" jawab Syafiq. Muhammad hanya tersenyum mendengar jawapan itu. Muhammad pun memulakan ceritanya.

"Aku ni muallaf. Asal dulu aku kristian. Tinggal kat Singapore. Dulu, aku suka sangat makan babi. Kalau sehari tak makan, pengsan aku. Pernah sekali mak aku terlupa beli babi, aku masuk wad malam tu. Tetapi, Alhamdulillah, Allah buka pintu hati aku untuk terima hidayah-Nya. Bila aku masuk Islam, aku dapat tahu, dalam Islam tak boleh makan babi. Aduh, pening kepala aku. Macam mana aku nak buat ni??? Seminggu aku masuk hospital lepas masuk Islam. Kalau zaman Rasulullah dulu ada peringkat-peringkat dia. Tapi aku…mana ada. Jadi, time kat hospital tu aku fikir. Akhirnya, aku jumpa satu jalan keluar. Aku nak Islamkan babi tu. Aku beli seekor anak babi. Dari kecik aku jaga dia. Seekor lalat pun aku tak bagi dekat. Setiap jam aku mandikan dia. Lepas 3 hari, aku bisikkan kat telinga dia dua kalimah syahadah. Lepas tu, tiap-tiap hari aku bagi tazkirah kat babi tu. Asal dia berak aku vacuum terus. Camnilah kehidupan aku dan babi tu buat 2 tahun. Lepas dua tahun, masa yang ditunggu-tunggu tiba. Masa untuk sembelih babi ni. Tengok-tengok babi ni takde leher. Tapi, lantaklah. Aku tibai je sebab dah 2 tahun tak makan babi ni. Lepas tu, aku pun masak la bakut teh. Tengah-tengah makan, nampak seorang ustaz tengah jalan-jalan. Muka macam lapar je. Aku pun ajak la dia makan. Ustaz!!! jom makan. Babi Islam nih.”

Bila terdengar kisah itu, Syafiq dan Safura pun sedar. Kalau benda itu haram, ia tetap haram. Yang halal itu jelas dan yang haram itu jelas...
 
Daripada Abu Abdullah al-Nu'man ibn Basyer r.a. رضي الله عنهما beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:

"Sesungguhnya perkara yang halal itu terang jelas,

dan sesungguhnya perkara yang haram itu terang jelas,

dan di antara kedua perkara tersebut ada perkara-perkara syubhat yang kesamaran yang kebanyakan orang tidak mengetahuinya.

Barangsiapa yang menjaga perkara syubhat maka sesungguhnya dia telah membersihkan agamanya dan maruah dirinya.

Dan barangsiapa yang terjatuh dalam perkara syubhat, maka dia telah jatuh dalam perkara haram, umpama seorang pengembala yang mengembala di sekeliling kawasan larangan,

dibimbangi dia akan menceroboh masuk ke dalamnya.

Ketahuilah bahawa setiap raja ada sempadan dan sesungguhnya sempadan Allah itu ialah perkara-perkara yang diharamkanNya.

Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.

Ketahuilah ia adalah hati."


(Hadis riwayat lmam al-Bukhari dan Muslim.)
 
Muhammad Iqbal :
1) Ini kisah yang diambil dari facebook.
2) Ingatlah, yang HARAM tetap akan HARAM walau kita cuba apa cara sekalipun untuk mengHALALkannya.
3) Ambillah pengajaran dari kisah tersebut. Janganlah cuba nak meng'ISLAMIK'kan semua benda semata-mata untuk kepentingan diri kita.
4)  Aku tengok ramai betul la yang anggap couple tu jadi perkara yang diketegorikan sebagai "MESTI" dalam hidup remaja. Sehinggakan, kalau sesiapa yang tak dak 'awek' atau 'balak' dianggap tak normal, malah kadang-kadang dipulaukan. Hmm. Moga-moga Allah pelihara kita semua dari segala perkara yang HARAM.
5) Lihat juga entri ini :  
 
Wallahua'lam


Muhammad Iqbal

Baling, Kedah

 
 
Buat duit lumayan tanpa modal di Facebook dan Blog! Setiap klik dibayar RM0.20 hingga RM0.40! JOM Daftar Sekarang! [KLIK SINI]
 

26 comments:

  1. Alhamdulillah..thanks! breakfast sy pg nie.. :D

    ReplyDelete
  2. terima kasih sebab share.alhamdulillah,ilmu baru.sungguh mendalam maksud citer muhammad tu...nak mintak copy link ^_^

    ReplyDelete
  3. @cheqwa : sama-sama :)

    Silakan, tak kisah pun, ambillah..

    ReplyDelete
  4. salam alaik.

    akak dah baca kisah ni.bila difikir2kn balik..memang benar..yang haq tetap haq yg batil tetap batil..

    lagi satu,niat tak menghalalkan cara.

    ReplyDelete
  5. budaya ni kene bentung dari sekolah rendah lagi,budak2 skola rendah skang da teruk da..

    ReplyDelete
  6. @Nazihah@Jiha : ya, niat walaupun baik, tetap tak halalkan cara.. :)

    ReplyDelete
  7. @Cerah Jeff : betul tu, saya yang pernah mengajar di sekolah rendah pun, rasanya dapat mengesan masalah tu.

    ReplyDelete
  8. pastu... mknanya kpel ni memg di haramkan sma sekali?? :/ ???

    ReplyDelete
  9. pastu... mknanya kpel ni memg di haramkan sma sekali?? :/ ???

    ReplyDelete
  10. bagus dik...perkongsian yang amat menarik sekali :)

    ReplyDelete
  11. @Aida
    : ye saudari. Couple tu HARAM mengikut syara'. Ia berdasarkan firman Allah yang menegaskan kepada kita agar jangan mendekati zina.

    Jesteru, melihat kepada couple tadi. Bukankah ianya satu wasilah yang mendekatkan kepada zina?? Yang itu rasanya semua orang secara jujur akan angguk mengiakan kenyataan itu. Jadi, HARAM lah bercouple-kapelan itu walau ianya 'islamik' macam cerita kat atas tu sekali pun. Wallahua'lam.

    Anda boleh lihat juga entri ini : Komik Yang Pernah Menginsafkan Aku !!

    ReplyDelete
  12. Huh. Kt sklh sy dorg xdulik pon psl kapel2 "Islamik" nih. Tros je. Yg betina ske bantai yg jntn. Sep2 tgn, heret2 lengan, cubit2 tu sumer. Mmg xde ciri2 muslimah lgsg. Kdg2 mluat gak tgk. Nsht pun xguna :/

    ReplyDelete
  13. terbaik...haram tetap haram..santapan di tengah hari terima kasih

    ReplyDelete
  14. first time kat sini tapi nice entry..terima kasih byk2...satu iktibar tuk teruskan perjalanan....

    ReplyDelete
  15. terima kasih kepada yang memberikan komen. Sesungguhnya, jika terdapat kebaikan ataupun manfaat, ambillah. Namun, jika ada keburukan atau kekurangan, tegurlah saya :)

    ReplyDelete
  16. Alhamdulillah mengingatkan kita terhadap kekhilafan kita supaya cpt berubah dan bertaubat...terima kasih byk2...semoga anda dirahmati Allah selalu...amin

    ReplyDelete
  17. Salam. Nak share. :)

    mahar-cinta.blogspot.com

    Wassalam.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter