5/7/20

Nihil Praktik


Apabila mempraktikkan ilmu, adakalanya kita tak dapat mengelak dari melakukan kesalahan.

Ya, ia tak dapat dinafi sebagai salah satu jalan mendapatkan ilmu. Tapi dengan syarat, kita mesti mengaku salah, mencari yang betul dan lakukan yang betul.

Dengan cara ini, praktik ilmu dapat menjadi mantap dan dapat diingati dengan lebih lama.

Berlain dengan insan yang berbangga tidak berbuat satu pun kesalahan dan merasa insan lain hina kerana berbuat salah.

Rupa-rupanya dia tidak pernah berbuat apa-apa. Nihil praktik.

Masakan tayar yang tak berjalan boleh kotor?

😉

_____

Muhd Iqbal Samsudin
1825, 07052020
#ibnuDDin

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter