11/22/15

"Keifak?"



Saya memasuki imarah.

Mesir, mendapat jolokan Kota Seribu Menara, kerana yang dimaksudkan menara itu ialah banyaknya imarah-imarah iaitu bangunan tinggi perumahan laksana penempatan flat di Malaysia atau masjid-masjid yang punya keunikan menaranya atau dipanggil manaret.

Kebanyakan imarah di Kota Seribu Menara ini ialah imarah-imarah lama dan punya pelbagai rupa, tetapi yang jelasnya jika dilihat pemandangan dari sisi atau dari atas, ia tidak ubah seperti kotak-kotak yang berselerakan di daratan.. Reka bentuknya kebanyakannya reka bentuk yang klasik, yang punya nilai seninya yang tersendiri.

Antara untungnya tinggal di imarah yang baru, ialah imarah yang saya diami mempunyai lif. Walaupun lifnya tidaklah seelegan lif di Malaysia dan sangat jelas sifat 'made in China', tetapi cukuplah kudratnya untuk mengangkut penduduk-penduduk di sini.


Jiran Syria.

Selepas negara Syria agak hura-hara angkara pemimpin tidak bertanggungjawab dan tidak berperikemanusiaan, maka makin ramai rakyat Syria di bumi-bumi sekitarnya, termasuk Mesir.

Imarah saya juga dilihat menjadi penempatan bagi mereka untuk didiami. Tetapi mereka yang tinggal di imarah ini dilihat seakan orang-orang berada dan punya pekerjaan profesional.

Saya jarang bermujamalah dengan mereka, namun tetap juga ada rasa untuk bertegur sapa. Kerana mereka juga saudara atas pertalian aqidah. Tetapi permasalahan primanya, kami saling sibuk. Mereka sibuk dengan pekerjaan mereka, kami sibuk sebagai pelajar.

Dan, di dalam liflah tempat ideal untuk bersapa mesra, bahkan semasa menunggu lif juga sudah bisa berbual muqaddimah.

Antara yang tidak dapat saya lupakan ialah, saat salah seorang bertanya kepada saya sejurus saya memberi salam memasuki lif (ya, di sini masuk ke dalam lif pun beri salam), pertanyaannya,

"Keifak?"

Terbeliak mataku kerana tidak memahami apa yang dia cuba cakapkan, dan sudah semestinya tidak tahu mahu membalas apa.

Namun reaksia yang paling patut ialah,

"Eih?"(apa?)

Sambil menggeleng-geleng sedikit kepala laksana masyarakat arab Mesir selalu lakukan.

Blur.

Lalu dalam masa yang singkat itu dia terangkan bahawa 'keifak' itu sama maksudnya dengan 'izzaiyak' atau 'keifahaalak' (apa khabar).

Barulah saya mengerti.

Sebelum itu, saya sudah tahu maksud "keifak", kerana kawan-kawan di Jordan pernah memberitahu saya.  Cuma tidak tahu Syria juga menggunakan 'keifak' juga.

Garu kepala yang tiada simptom gatal.


Sebelah rumah.

Jiran sebelah rumah saya juga merupakan seorang warganegara Syria. Dia merupakan seorang doktor, sedang menjalani sanah imtiyaz (House Officer) di Hospital el-Damerdesh di sini. Alhamdulillah, dia juga seorang yang mesra walau jarang-jarang kami bersua wajah dan bertegur sapa, kerana sibuknya bekerja sebagai doktor.

Ada ketika saya mahu turun menaiki lif, dia juga ingin turun berpakaian lengkap doktor mahu pergi ke hospital.

Dan, apa yang menarik, selepas memberi salam, aku akhirnya berjaya mempraktikkan sesuatu.

"Keifak?"

Dia menjawab ringkas, "Alhamdulillah..."

Aku terseyum sambil menyimpulkan kata dalam hati, 'Yes!'.

Begitulah gembira dan puasnya apabila berjaya praktikkan satu ilmu, walau ilmunya yang hanya kecil.

Ilmu laksana tubuh. Amal ibarat ruh. Kedua-dua perlu bersatu, untuk hidup, menghidupkan hasil.

Selepas itu kami bersembang soal pekerjaannya sebagai doktor pelatih di Mesir.
Sengih. ^^

imarah

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1058
250114

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter