11/22/15

Bibit Kerisauan


[ Nota Medik ]

Petang ini, di tanah air, awan mendung kelabu. Mungkin sudah lama tidak hujan. Mungkin bumi akan ditabur rahmat maha luas hari ini.

Entah, saya juga turut kelabu petang ini.

Sakit, tidaklah sakit. Hanya kerana bibit kerisauan yang tajam memanah sang rasa.

Serangannya kali ini padu. Tidak tahu dari mana asalnya.

Menantikan natijah peperiksaan akhir tahun dua kali ini benar-benar menyesakkan hati. 

Satu perasaan yang dirasakan sungguh sukar untuk diterjemah dan dihuraikan.

Bibit-bibit kerisauan ini bukan yang biasa-biasa. Terlalu takut.

Walau apa sahaja yang akan saya dapat, insya-Allah saya akan bersyukur. Baik mahupun buruk. Kerana, bagi saya, saya sudah buat sehabis baik, itu yang saya mampu, that's my limitation.

Saya bukanlah pelajar cemerlang lagi genius dalam bidang medik ini. Namun, saya percaya, apabila Allah telah letakkan saya dalam bidang ini, saya perlulah struggle sekuat mungkin, sedaya yang termampu.

Allah Ta'ala Maha Adil, Maha Bijaksana. Setiap orang punya kelebihannya tersendiri.
Ada yang dalam bidang pengajian medik ini cukup-cukup lulus, tetapi bidang lain dia cemerlang gemilang. Lihatlah, betapa Allah itu sebaik-baik pengatur hidup manusia.

Walaupun kadang-kadang kita sendiri merasakan kita tidak punya apa-apa kelebihan berbanding orang lain, tapi sebenarnya kita ada. Cuma, perlukan masa untuk mencari pada mulanya. Apabila sudah ditemukan, berdirilah atas kekuatan kita itu, gunakannya untuk ummah, insya-Allah kita juga punya ruang untuk berjuang.

Seperti pesan senior, yang dinaqalkan daripada Syeikh  Dr. Yusri Hafizahullah (seorang muhaddis dan pakar bedah am)," Jangan tinggalkan sesuatu yang telah ditaqdirkan ke atas kamu".

Dalam kalangan pelajar medik, bukanlah semuanya minat dan cintakan bidang ini sejak di bangku sekolah. Tetapi mereka punya kisah mereka sendiri, bagaimana taqdir Allah yang telah mengaturkan mereka berada dalam bidang ini.

Apa yang penting, usaha mesti diteruskan. Demi ummah, demi Islam.

Doakan yang terbaik buat saya. Moga lulus cemerlang semuanya.

Hasbiyallah wani'mal wakeel.

kucing tawakal
Wallahua'lam.
Muhammad Iqbal,
Baling, Kedah, Malaysia.
1.8.2013
4.33 p.m


No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter