9/4/10

Bekas Budak Dorm Penulis Di SMKAS Meninggal : Anak Exco Kedah koma terbabit kemalangan





Syazmin atau lebih dikenali dengan paggilan Min berada di sebelah kanan sekali..



"Setiap yg brnyawa akan merasai mati. Dan hanya pd hari kiamat shj lah diberikan dgn sempurna balasanmu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dlm syurga, sungguh, dia memperoleh kemenangan. kehidupan dunia hanyalah kesenangan yg mmperdaya
(Surah A'li I'mron: 185)"
 Pertama sekali PENULIS nak minta semua pembaca-pembaca blog ini agar menghadiahkan AL-FAATIHAH kepada 2 mangsa kemalangan yang kini telah pulang ke rahmatullah..

SUNGAI PETANI, 3 Sept: Dua anak lelaki kepada Exco kerajaan Negeri Kedah, Dr Hamdan Mohamed Khalib dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya dekat Jeniang, petang semalam.

Kejadian dikatakan berlaku kira-kira jam 5 petang ketika kedua-dua beradik yang menaiki kereta Perodua Kelisa bersama dua lagi rakan mereka dalam perjalanan pulang dari Sik ke rumah mereka di Sungai Petani.

Menurut saksi kejadian, kereta yang dinaiki mereka terbabas di sebuah selekoh berhampiran Pekan Jeniang ketika cuba mengelak dari bertembung dengan sebuah lori yang datang dari arah bertentangan.

Kedua-dua beradik yang tidak sedarkan diri dan kritikal itu terpaksa dikejarkan ke HSAH dan dimasukkan ke ICU, manakala rakan-rakan mereka hanya mengalami kecederaan ringan dan berada dalam keadaan stabil dirawat di Hospital Sik.

Dr Hamdan yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Kesenian dan Warisan, Kebudayaan ketika ditemui berkata, salah seorang dari anaknya itu masih dalam keadaan kritikal dan terpaksa menjalani dua kali pembedahan. 





p/s: Kematian tak pernah dicari, tetapi ia datang mencari manusia.

Telah berkata Saidina Uthman r.h. - `Takutlah kamu kalau-kalau Malaikat pencabut nyawa mencabut nyawa kamu dalam keadaan kamu tidak bersedia untuk bertemu ALLAH.'


Ya ALLAH! Matikan kami dalam husnul khatimah.
   

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter