12/2/25

ANDAI AKU BERTEMU HAMKA

 Menonton podcast antara Yousaf dan Hafizul Faiz, aku sangat tertarik dengan soalan Yousaf kepada Hafizul Faiz.


"Kalau dapat berjumpa HAMKA, apa yang tuan akan cakap?"


Soalan ini juga merentap jiwa dan naluri aku.


Aku begitu terkesan dengan semua tulisan-tulisan HAMKA tatkala umurku 20-an.


Paling aku ingat adalah tentang keberanian menyatakan cinta.


Aku sa-orang introvert yang gila-gila punya introvert. Sangat pasif.


Namun aku juga jatuh cinta. Atau budak-budak sekarang menyebutnya sebagai ada CRUSH kepada seseorang.


Hanya sa-nya selepas aku membaca Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck dan menonton filemnya, aku punyai satu kekuatan besar untuk MENYATAKAN CINTA aku kepada orang yang aku taruh perasaan sekian lama.


Walau ditolak akhirnya, aku tetap berpuas hati. 


Sekurang-kurang aku mencoba dan aku tahu cinta aku tidak bersambut.


Ianya lagi manis berbanding jika aku hanya sekadar menaruh perasaan namun aku tak pernah meluahkannya. Apabila dia disunting orang sudah barang pasti aku akan menyesal sesesal sesalnya.


Sekurang-kurangnya aku sudah bertanya dan berusaha.


Bagi aku kata-kata dalam TKVDRW ini amat memberi kesan besar dalam hidup aku. Ia menjadikan aku sa-orang laki-laki pemberani menegakkan perasaan dan tak malu menyatakan cinta.




Kemudiannya HAMKA mengesankan aku lebih rinci dalam buku PERIBADI, FALSAFAH HIDUP dan TAFSIR AL-AZHAR dan banyakkk lagi...


____

DR MUHD IQBAL SAMSUDIN

KLINIK RIZ, PAUH, ARAU, PERLIS

2200, 011225

11/27/25

Solat Walau Masih Jahat

 


Sejahat mana pun kau, 

masuk waktu solat kau berhenti sekejap,

Solat ja dulu.


Solat ja walau jadi apa pun dalam hidup kau.


Jahat mana pun, bila kau solat bukan kau transform jadi munafik, 

tapi itu struggle usaha kau nak jadi baik.


ALLAH tahu benda tu. 

DIA tahu isi hati kau.


Kau solat bukan untuk sesiapa, tapi untuk DIA.


DIA tahu. DIA saksikan kau.

11/5/25

EBOOK : Memulakan Bisnes Homestay dan Jana Duit Pasif Setiap Bulan

  

 


 

SIAPA SAYA?

Assalamu’alaikum wbt. 

Hai, Saya Muhd Iqbal Samsudin, sa-orang doktor, usahawan dan penulis. 

 

Saya telah mengusahakan beberapa jenis perniagaan dan salah satunya bisnes homestay; termasuk bantu setup dan menguruskan homestay sendiri, dan juga pernah menguruskan homestay orang lain.

 

Saya memang minat bidang hartanah; menjual rumah dan tanah, mengurus rumah sewa dan homestay. Orang kata menjadi doktor sibuk, tapi sebenarnya apabila minat dan keazaman yang kuat, kita akan cari jalan supaya boleh diusahakan juga, kerana matlamat yang nak dicapai itu besar! 

 

Zaman saya kerja doktor kerajaan dulu, pernah mengemas dan membersihkan homestay sendiri sampai pukul 4 pagi, kemudian pukul 6 pagi bangun bersiap dan masuk kerja macam biasa. Masa itu semua benda buat sendiri. Punya bersungguh untuk buat homestay dan dalami bidang ini.

 

Dalam dunia penulisan pula, saya sudah menulis lebih 10 buah buku bercetak dan ebook sebelum ini. Saya juga menulis blog www.ibnuddin.com sejak di bangku sekolah lagi.

 

Jadi berdasarkan pengalaman yang telah saya dapatkan selama ini, saya tuliskan ebook ini, agar MANFAAT dari ebook ini sampai kepada lebih ramai orang lain lagi dan tak terhenti sekadar di kepala saya sahaja.

 

 

APA YANG ANDA AKAN DAPAT DARI EBOOK INI?

 

✅ MENGAPA MEMILIH HOMESTAY BERBANDING RUMAH SEWA?

✅ KEPERLUAN MENULISKAN EBOOK INI

BAB 1 : Menyiapkan Homestay

  • Susunan
  • Tempat beli barang homestay
  • Bagaimana menamakan homestay
  • Wiujudkan papan feedback

 

BAB 2 : Memilih Perabot Yang Penting

  • Perabot yang wajib ada
  • Perabot pilihan untuk ada dalam homestay

 

BAB 3 : Menyediakan Harga

  • Cara 1 
  • Cara 2
  • Penetapan harga ketika fasa mula, stabil dan fasa krik-krik

 

BAB 4 : Marketing/Promosikan Homestay

  • Kefahaman tentang marketing
  • Google
  • YouTube
  • Web/Blog
  • FB page
  • WhatsApp Group
  • TikTok
  • Instagram
  • X (Twitter)
  • Kerja-kerja HARIAN untuk Marketing
  • Lokasi

 

BAB 5 : SOP Menjawab Pelanggan

  • Buat CopyWriting 
  • WhatsApp
  • Call

 

BAB 6 : Autonomasi Homestay & Jana Duit Pasif

  • Tentang Leverage, Bila waktu sesuai untuk leverage?
  • Manager
  • Cleaner

 

Bab 7 : Q&A

  • Patut tak masuk AirBnB /Booking.com / Agoda?
  • Perlu ada swimming pool?
  • Swimming pool plastik tu boleh guna?
  • Perlu daftarkan homestay dengan pihak Kerajaan (MOTAC) dan perlu daftar SSM?
  • Adakah tarif bil elektrik dan air homestay dikira tarif komersial?
  • Ada idea untuk upsell apa-apa lagi dalam homestay?
  • Boleh tak rumah kedai bahagian atas dijadikan homestay?

✅ KESIMPULAN

 

 

NANTI DULU

NANTI DULU

NANTI DULUUUU

ADA LAGI YANG SAYA NAK BERIKAN PERCUMA!

YA PERCUMA!

 

BONUS

BONUS

BONUSSSS BUAT ANDA!❤️

 

⭐COPYWRITING PERATURAN/RULES HOMESTAY

 

⭐COPYWRITING HARGA

 

⭐COPYWRITING HARGA GROCERIES DALAM HOMESTAY

 

⭐COPYWRITING WIFI/NETFLIX

 

⭐COPYWRITING  ISI DETAILS LEPAS CONFIRM BOOKING

 

⭐COPYWRITING LEPAS BAYAR

 

⭐COPYWRITING CARA PROMO 

 

⭐COPYWRITING CARA PROMO RINGKAS

 

⭐COPYWRITING ADD ON PACKAGE MAKANAN

 

⭐COPYWRITING ADD ON PACKAGE BASIKAL DAN PANCING

 

SEMUA INI EDITABLE DALAM BENTUK DOC, 

PERCUMA!

 

APA TUNGGU LAGI, 

TAWARAN INI TERHAD BUAT MASA INI,

BILA-BILA MASA SAHAJA AKAN DINAIKKAN HARGA!

 

BELI SEKARANG!

 

Pencerahan : Ini adalah merupakan sebuah eBOOK (electronic book), ianya adalah sebuah buku maya dalam bentuk softcopy dan di dalam format PDF. Apabila anda membeli eBOOK ini, ia akan dihantar ke email anda dan anda perlu download ke komputer atau smartphone anda. TIADA buku fizikal yang akan dihantar atau di POS ke alamat rumah anda.

 

Jaminan Pulangan Wang 100%!

Jika anda dapati segala isi kandungan ebook ini langsung tidak mendatangkan faedah dan manfaat kepada anda, kami akan pulangkan semula wang anda!

Ya, kami akan pulangkan wang anda TANPA BANYAK SOAL dan SONGEH! 

Setelah anda habiskan baca ebook ini, jika anda tidak berpuas hati, emelkan sahaja kepada kami di gorevocomp@gmail.com tentang rasa ketidakpuas-hatian anda itu.

Kami akan pulangkan segera wang anda!

Jangan risau.

Jadi, anda memang langsung takkan rugi apa-apa untuk dapatkan ebook ini.

Segala risiko pembelian anda ditanggung sepenuhnya oleh pihak kami!

 

Klik Butang Di bawah Sekarang Untuk Mendapatkan Ebook Ini!

RM99 RM48 sahaja! 

 

HANYA UNTUK 50 ORANG TERAWAL, AKAN DAPAT DISKAUN LAGI!

GUNAKAN KOD INI :

 DISKAUNLEBIHLAGI

 

CEPAT CEPAT! 

BELI SEKARANG

BELI SINI : 



10/31/25

Nasi Lemak - Harga Terpaling Underprice Sepanjang Zaman

Bila peniaga nasi lemak sekitar Klinik Riz di pekan kecil Pauh ni pun dah banyak jual RM2 sebungkus, sebenarnya terasa lega sikit sebab sekurang-kurangnya pulangan modal akan ada untuk mereka walaupun sedikit.


Agak ganjil jika masih dengan harga RM1 atau RM1.50. 

Mungkin untuk kita, kita rasa seronok sebab murah. 

Di side peniaga, lama-lama mereka akan sedar yang diakhirnya buat 'amal jariah' bukan berniaga. 

Kasihan mereka. 


Pricing yang silap ini amat menyakitkan dan ia pelajaran besar bila sudah tersedar. Pembelajaran tentang COGS boleh selesaikan permasalahan ini.

Nasi lemak adalah makanan marhaen paling underprice. 

Dan masih comfort food juga untuk semua marhaen. 


____

Dr Muhd Iqbal Samsudin

1222H, Jumaat, 311025

Klinik Riz, Pauh, Arau, Perlis

7/13/25

Kulat Sisir dan Barakah Makanan di Rumah

 “Abang tolong buat masak lemak kulat sisiaq, teringin...”


Beliau terus keluarkan dari freezer. Pantas.


Kulat sisir tu beli di Nat Pokok Getah beberapa minggu lalu, bila disimpan dalam freezer kesegarannya masih bugar.


Merantau dan berkawan dengan orang nismilan menyebabkan masak lemak saya yang dulu blend sekali bawang, sekarang hanya cabai melaka dan kunyit hidup. Rupanya lebih simple lebih sedap. 


Hampir semua bahan kutip tepi rumah, dari kunyit hidup hingga daun kunyit, alhamdulillah kurniaan food security yang tak ternilai. 


Menanam di tepi rumah ini manfaatnya besar, walaupun hanya dalam pasu.


Sedang saya siapkan masak lemak, beliau siapkan beberapa lagi mata lauk tambahan. Sup sap sup sap siappp.


Saya buat masak lemak ni tak terlalu pedas, anak-anak pun makan hingga hirup kuah slurp slurp.


Kesibukan kerja dan urusan hidup banyak buat kita terpaksa makan di luar hingga lupakan barakah air tangan suami dan isteri.


Apabila ada peluang masak, masaklah buat keluarga kita.


Ada barakah besar dari masakan kita, sang ibu dan ayah.


MasyaAllah…nikmat rupanya dapat lihat anak-anak makan hasil masakan kita. Redup wajah mereka memang mengundang tenang.


Nikmatinya perlahan-lahan.


Dan perlahan-lahan juga kita akan mengukir senyum.


#ibnuDDin