12/28/09

Di sebalik Kemalangan Bas Ekspress..






ALI-IMRAN: 185
Maksudnya: `Tiap-tiap yg bernyawa akan merasai mati, dan bahawasanya pd hari kiamat sahajalah akan disempurnakan balasan kamu. Ketika itu, sesiapa yg dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga, maka sesungguhnya ia telah berjaya...................'

Pertama sekali PENULIS nak mintak semua pembaca2 blog ni agar menghadiahkan AL-FAATIHAH kepada 10 mangsa kemalangan ngeri yang telah berlaku pada awal pagi 26 Disember...

AL-FAATIHAH..




Cerita bermula selepas penulis keluar dari pusat tusyen penulis dekat pekan Baling apabila telefon di dalam kocek berbunyi,

Mama: Iqbal, lepas abis tusyen balik terus tau, mama dengan ayah nak pi tengok orang mati kat Sungai Petani.

Penulis: ok2, sapa yang mati ma (mama)??

Mama: ermm, anak Pak Syed kat tepi rumah mak njang hang tu la, anak dia dua2 orang perempuan (Sharifah Raheel dan Sharifah Hasanah) tu dah meninggal kemalangan bas ekspress..

Penulis: Innalillahiwainnalillahiraaji'uun.. ooo depa tu... ok la ma (mama) abang balik dulu..

Mama: ok, balik cepat2 sikit..

Penulis: insyaALLAH..

Selepas tu penulis terus meletak telefon dan pergi ke stesen bas untuk menaiki bas. Setelah sampai kat rumah, penulis dan keluarga terus bersiap dan pergi ke rumah mangsa kemalangan tersebut iaitu Sharifah Raheel   (Politeknik Kulim ) dan Sharifah Hasanah (SMK Sungai Layar).

Penulis mendapat info bahawa kedua-dua adik beradik itu pergi ke rumah saudara mereka di Damansara untuk menghabiskan masa cuti mereka bersama sepupu mereka di sana dan Sharifah Hasanah yang baru mendapat keputusan PMR sebanyak 6A 3B tidak sempat melihat slip tersebut kerana pada masa itu dia berada di Damansara (sedih jugak la hati ini mendegar). Mereka menjumpai hanphone mangsa dan terus memberitahu ibu bapa mangsa. (tengok, dalam kes ni, handphone menjadi penting).

Akibat pemandu itu terlelap seketika, habis 10 orang menemui ajal mereka apabila bas tersebut telanggar pembahagi  jalan dan semua mangsa merupakan merupakan penumpang dibahagian tingkat bawah bas yang kebanyakkannya sedang nyenyak tidur, tapi kita kena ingat itu hanya musabab (penyebab) kepada kematian mereka yang telah lama ditentukan oleh Allah. Ajal mereka dan kita telah ditentukan pada waktu dan tempat mana mereka dan kita akan mati dan kita sebagai insan yang sangat kerdil ini langsung kita tidak ada kuasa untuk mengubahnya.

 


Penulis tertarik dengan ayat Tok penulis yang sangat bombastik dan bermotivasi yang telah Tok penulis lafazkan kepada ibu kepada 2 mangsa terbabit,

"Kak Pah (mak kepada mangsa), sabarlah la noh, anak2 kita ni sebenarnya selain daripada amanah kapada kita, ia juga merupakan pinjaman kepada kita, yang tuan empunya anak2 kita itu yang sebenarnya ialah Allah S.W.T , jadi, kita kena redho lah dengan segala ketentuan DIA. Kalau kita teriak keluar air mata darah sekali pun, depa tak akan hidup semula." (dalam slank Kedah)

Sebenarnya Tok penulis ada pengalaman yang lebih kurang sama iaitu Tok penulis telah kehilangan seorang anaknya yang pertama (Mak Long) yang meninggal dunia akibat lukeimia dan anaknya yang kelima (Pak cik) yang meninggal pada 20 Ramadan 1996 akibat kemalangan. Kisah pak cik penulis ni istimewa sikit, semasa kematiannya, Tok dan Tok Wan penulis sedang berada di Tanah Suci Mekah untuk menunaikan ibadah haji, sebelum dia meninggal pada petang ketika orang lain sibuk menguruskan juadah untuk berbuka puasa, dia naik ke atas untuk pergi ke biliknya dan dia sempat membaca al-Quran, selepas itu dia memberitahu kepada ayah penulis bahawa dia hendak pergi ke kampung sebelah untuk membeli murtabak untuk juadah berbuka, dan dengan kuasa ALLAH, dia terlibat dengan satu kemalangan dan meninggal di tempat kejadian. (sedih gila bila ayah penulis cerita kat penulis) sebab tu sekarang ni bila penulis nak naik motor masa waktu petang ja, ayah penulis mesti pesan, 'naik motor elok2, tengok btoi2, kereta motor banyak petang2 nih' dan akan marah kat penulis jika tidak memakai topi keledar walaupun dalam jarak yang dekat..

Selepas itu kelihatan kesedihan Ibu Bapa mangsa semakin reda di riak wajah mereka tetapi di hati mereka hanya ALLAH sahaja yang tahu. Abang2 kepada mangsa juga kelihatan tenang tetapi cuba kita bayangkan, jika orang terdekat kita pergi meninggalkan kita tambahan pula dua orang sekali, sungguh pedih sekali untuk menerimanya walaupun riak wajah boleh menyembunyikan kesedihan, tetapi hati terus menanggung kepedihan.

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu. Boleh jadi kamu menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah, ayat 216)

Tak lama kemudian penulis pun balik ke rumah..

p/s: Penulis berasa sangat sedih keatas apa yang menimpa keluarga Pak Syed dan meminta agar ALLAH memberi keluarga tersebut kekuatan untuk menempuhi ujian yang telah DIA berikan. Peristiwa itu juga memberikan impak yang besar buat diri ini bahawa nyawa kita akan dijemput pada waktu dan tempat yang telah ditetapkan olehNYA, oleh itu kita tidak harus leka dengan keseronokan duniawi.

Kematian tak pernah dicari, tetapi ia datang mencari manusia.

Telah berkata Saidina Uthman r.h. - `Takutlah kamu kalau-kalau Malaikat pencabut nyawa mencabut nyawa kamu dalam keadaan kamu tidak bersedia untuk bertemu ALLAH.'


Ya ALLAH! Matikan kami dalam husnul khatimah.

WALLAHU'ALAM

Silalah meninggalkan komen atau nasihat kepada PENULIS insan yang serba kekurangan ini. Nasihat atau komen anda amat-amatlah PENULIS harapkan dan dahului dengan ucapan jutaan TERIMA KASIH. Dan melalui komen atau nasihat anda juga PENULIS dapat berkunjung kembali ke blog anda, insyaALLAH..

7 comments:

  1. seriously... mmg sedey sgt setiap kali berita ni keluar...

    ReplyDelete
  2. im speechless..
    sedih dengar..
    innalillah..

    ReplyDelete
  3. Salam Ziarah......

    Al-Fatihah kepada mangsa-mangsa kemalangan dan Ucapan Terima Kasih kerana melawat blog saya

    ReplyDelete
  4. sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa yang terkorban.

    kita cuma boleh berdoa kepadanya mohon perlindungan kepadaNya daripada kejadian-kejadian yang kita tak diingini. tetapi sekiranya telah di tetapkan macam tu kita kena redha dengan ketentuanNya

    ReplyDelete
  5. salah pemandu,penumpang yang jadi mangsanya..patutnya pemandu yg cuai camni dihukum bunuh sahaja

    http://eyriqazz.blogspot.com/

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter