7/13/25

Kulat Sisir dan Barakah Makanan di Rumah

 “Abang tolong buat masak lemak kulat sisiaq, teringin...”


Beliau terus keluarkan dari freezer. Pantas.


Kulat sisir tu beli di Nat Pokok Getah beberapa minggu lalu, bila disimpan dalam freezer kesegarannya masih bugar.


Merantau dan berkawan dengan orang nismilan menyebabkan masak lemak saya yang dulu blend sekali bawang, sekarang hanya cabai melaka dan kunyit hidup. Rupanya lebih simple lebih sedap. 


Hampir semua bahan kutip tepi rumah, dari kunyit hidup hingga daun kunyit, alhamdulillah kurniaan food security yang tak ternilai. 


Menanam di tepi rumah ini manfaatnya besar, walaupun hanya dalam pasu.


Sedang saya siapkan masak lemak, beliau siapkan beberapa lagi mata lauk tambahan. Sup sap sup sap siappp.


Saya buat masak lemak ni tak terlalu pedas, anak-anak pun makan hingga hirup kuah slurp slurp.


Kesibukan kerja dan urusan hidup banyak buat kita terpaksa makan di luar hingga lupakan barakah air tangan suami dan isteri.


Apabila ada peluang masak, masaklah buat keluarga kita.


Ada barakah besar dari masakan kita, sang ibu dan ayah.


MasyaAllah…nikmat rupanya dapat lihat anak-anak makan hasil masakan kita. Redup wajah mereka memang mengundang tenang.


Nikmatinya perlahan-lahan.


Dan perlahan-lahan juga kita akan mengukir senyum.


#ibnuDDin

2/25/25

Tiga. Dua. Untukku BersamaNYA.


Rupanya memang begitu.

Makin menginjak dewasa, makin dinjak henyak.


Dihimpit-himpit ke penjuru, hingga kita sedar kita hanya punya satu dan dipunyai satu.


Berdalih bagaimana, akhirnya memang hidup ini selagi masih ada, akan pasti terhimpit. Hinggalah sah kita penghuni syurga, barulah tiada lagi derita.


Syukur.

Datanglah yang bagaimana sekali pun, syukur.


Entah berapa lama lagi di dunia,

Entah berapa lama lagi derita.


Syukur.

Aku masih ada nafas.

Aku masih ada DIA.


_____

Muhd Iqbal Samsudin

Hanya ada DIA.

Kangar, Perlis.

1432, 250225

2/15/25

BERTUKAR BOS

 Antara soalan awal saya kepada sahabat saya selepas saya tersungkur sebelum ini, adalah


"Ada dak, kerja yang ada pendapatan lumayan, tapi boleh buat aku solat jemaah di masjid 5 waktu?"


Soalan itu sangat penting dan satu fundamental besar buat saya.

Itu turning point yang saya mahukan.


Sebelum ini saya tersilap langkah, percaya dengan orang yang salah.

Bagaimana ISLAM itu diperjuangkan dalam keadaan perkara fundamentalnya diendahkan?

Something is wrong somewhere.


Sebenarnya, yang lebih mereka endahkan dan 'boskan' sebenarnya DUIT, bukan ALLAH.

Itulah sahaja jawapannya.


Suatu ketika dahulu saya memilih rakan kongsi perniagaan adalah kerana percaya kepada orang yang kita pernah kenal dari mereka sebelum kaya sehinggalah sudah jadi jutawan.

Rupanya mereka pun apabila duduk dalam dunia bisnes, mereka 'kona' sana sini untuk membetulkan dan menghalalkan segala kezaliman yang mereka lakukan.

Neraca ISLAM hanya tunggangan dan wayang, yang mereka benar-benar pegang adalah 'tuhan DUIT'.


Suatu masa kita tengok orang lain dizalimi, rupanya sampai masa, kita pula yang dizalimi sesuka hati, seolah kita tiada guna sekupang pun dan seolah kita tak pernah menyumbang apa-apa, masa-masa yang telah kita laburkan diambil mudah apatah lagi untuk dihargai.


Apa yang sudah ALLAH taqdirkan berlaku pasti ada hikmah yang penting untuk kita belajar. 

Saya tak pernah menyesal dengan apa yang saya sudah pilih sebelum ini, saya sangat yakin yang ALLAH menetapkan sesuatu yang baik, untuk siapkan saya dengan perancangan-NYA yang maha hebat.

Diri ini amat bersyukur atas segala ujian ini.


Kini, impian besar saya mahu pulang dan berpulang dalam keadaan benar-benar ber-boskan ALLAH dalam segenap perkara.


Tak mudah, tapi bila bersama ALLAH tiada apa yang patut diresahkan.


Pasti DIA bantu.


Pasti.


_____

Muhd Iqbal Samsudin

1226, 150225

Alor Setar, Kedah.




Belajar Kerana ALLAH

 Puan Nang selalu tanya, 


“Abang belajaq mana benda ni?”


Jawapan-jawapan saya mudah.


“Oh ini sains darjah 4.”

“Ni belajaq masa KH form 2.”

“Chemistry form 4.”

“Physics form 5.”

“Add math form 4.”

“Ni belajaq kitab i’anah kat pondok.”

“Ni belajaq masa biochem 2nd year.”


And so on.


Dahulunya, diri ini tak la pandai sangat. 


Tetapi ada kesedaran untuk jaga niat.


Guru-guru berpesan, belajar kerana ALLAH.


Bukan kerana exam semata. Exam itu sebagai pushing factor sahaja.


Nampak macam simple.


Tapi benarlah kata mereka, suatu masa bila ALLAH nak buka kepada kita, kita akan nampak.


Kesannya amatlah besar!


Mungkin satu ketika kita tak faham, hafal bodo saja, tapi lama-lama ALLAH buka untuk kita.


Ilmu-ilmu yang dipelajari adalah untuk digunakan dalam hidup, bukan sekadar untuk exam.


Bila niat kita jernih murni, suatu masa ilmu itu jadi bermanfaat untuk kita, insyaAllah.


Apabila kita letak diri kita sebagai orang sentiasa belajar, kita tak akan berhenti tumbuh. 


Menjadi subur hingga menyuburkan makhluk sekeliling kita.


_____


Muhd Iqbal Samsudin

Masih belajar.

1005, 150225

1/26/25

Gelincir

 

Gelincir,

dan gelincir lagi,

dan kita pulang lagi,

Kita solat dan ber-alfatihah lagi,

di dalamnya kita sedar kembali

pada siapa kita patut sembah

pada siapa kita kita patut minta tolong


Gelincir,

dan gelincir lagi,

masih bersolat dan ber-alfatihah lagi,

kembali kenal jalan lurus yang nak dituju

kembali sedar untuk elak jalan sesat 


Gelincir,

dan gelincir lagi,

bersolat dan ber-alfatihah lagi,

tak habis mengalir air mata

berharap, jikalau gelincir

gelincirlah terus ke syurga

😢


Muhd Iqbal Samsudin

#ibnuDDin

120125