10/8/18

Beberapa Pelajaran dan Ibrah dari Khabib Nurmagomegov


Beberapa Pelajaran dan Ibrah dari Khabib Nurmagomegov

Khabib ini sa-orang warganegara Rusia dan sa-orang Muslim. Dalam rekod karier perlawanannya di MMA, dia belum pernah kalah. Bukan calang-calang punya fighter dia ni. 

Super hebat!

.

1. Hati saya betul-betul bergetar bila mendengar dia menyebut Alhamdulillah berkali-kali berulang kali selepas dia menang, dengan bangga dan sangat lantang. Bahkan setiap kali diberikan kejayaan, bila diberi kesempatan, itulah ucapan pertamanya – Alhamdulillah!


2. Dia daripada golongan minoriti Muslim di negaranya. Apabila dihina dan disogok dengan berbagai-bagai provokasi, dia tetap meletakkan ALLAH di hadapan.

Seperti katanya, “For me, my religion is number one. Sports is number two. I believe one GOD.”

Dan menolak provokasi arak daripada McGregor dengan bergayanya, “I never drink this...”


3. Hari ini kita di Malaysia menunggang istilah ‘penunggang agama’ setunggangg-tunggangnya. Hingga kita takut dengan agama kita sendiri, takut nak berbangga sebagai sa-orang Muslim, malu nak sebut ‘Alhamdulillah’ ‘InsyaAllah’ ‘Subhanallah’ ‘Bismillah’ dengan alasan takut menunggang. 

Tanpa mereka sedar alasan ‘takut menunggang’ itulah sebenarnya ‘menunggang’. Walhal itu adalah salah satu syiar yang perlu disiarkan.

Kerana itu Islam ini agama ilmu. Kalau kita betul-betul ada ilmu tentang agama kita, kita tahu bila nak guna, kita tak takut, malah berbangga!


5. Khabib telah berjuang meletakkan Islam sebagai yang tertinggi dengan kapasiti posisi dia yang tersendiri. Di mana ada ruang dakwah, dia gunakan. Ini yang boleh kita contohi.

Kita masing-masing ada kapasiti dan posisi kita. Walau tidak di posisi international seperti Khabib, tetap ALLAH akan kira. Jadi, kita berjuang di medan kita sendiri, semanpu yang boleh.


6. Serangan pemikiran (Ghazwah al-Fikri) buat kita berasa lemah dan takut dengan agama kita. Serangan ini sangat halus, bahkan dalam banyak kesempatan mereka memakai topeng ‘Islam’ dan menyatakan pendapat dan ajaran mereka ‘juga Islam’. Kemudian menuding orang lain pemegang kunci syurga dan ‘play victim’ menuduh bermacam tuduhan untuk meloloskan diri.


7. Sewajibnya, Islam yang kita anut ini, bukan Islam sekadar pakaian atau keturunan, tetapi Islam dari segenap sudut kehidupan. Semua yang ALLAH suruh kita buat, yang dilarang kita tinggal.

Sewajibnya kita faham agama kita untuk diamalkan, tetapi apabila kita memilih ambil sekerat tinggal sekerat, itu bukan yang Islam mahukan. Apa yang kita mahu kita ambil, apa yang nafsu kita tidak senang, kita buat-buat tak tahu dan tinggalkan.

Islamnya kita ini mesti dengan ‘sibghah’ ALLAH, yakni celupan yang ALLAH mahukan ke atas kita. Bukan Islam itu disesuaikan dengan nafsu kita.


8. Mungkin Khabib juga tidak sempurna dari aspek lain, tetapi apa yang boleh kita contohi, kita ambil dan jadikan ia sebagai inspirasi.


9. Hari ini seruan untuk ‘kembali kepada Islam’ belum cukup memadai, kerana musuh Islam sendiri hari ini menyeru pada seruan yang sama lalu mengelirukan kita.

Tetapi seruan hari ini adalah ‘kembali kepada Islam yang syumul, mengikut sibghah ALLAH’. Bukan mana-mana celupan yang barat atau sesiapa mahukan ke atas kita.


11. Silakan untuk berbeza pandangan. Tapi jangan sampai kita umat Islam berpecah. Salah silap mohon tunjukkan.



_____

Muhd Iqbal Samsudin
Shāri’ Māher, El-Abbasiya, Cairo, Egypt
2057, 071018

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter