6/21/18

Resipi : Nasi Lemak Pandan Serba Ringkas



Apa yang mahu dimasak?

Hanya nasi dan sambal bilis.

Memang ringkas.


Ini resipi untuk makan 8 orang.


Bahan-bahan :

Sambal 
- Cili Kering (rendam atau rebus dulu) - sekitar segenggam
- Bawang besar - sekitar 2/3/4 biji (bergantung pada saiz)
- Ikan bilis (sejemput untuk dikisar), selebihnya untuk digoreng.
- Belacan (sejemput)
- Asam keping (4/5 keping)
- Gula
- Garam
- Sos tomato (3/4 sudu besar) / Tomato puree (1/2 sudu besar)


Nasi 
- Beras
- Halia
- Halba
- Santan
- Pewarna/kordial Hijau Pandan
- Gula
- Garam
- Minyak Sapi / Butter
- Daun Pandan 1 atau 2 helai



Cara Masak :

Dimulakan dengan bismillah dan selawat.


Nasi 

Sukatan nasi dan beras sama macam masak nasi biasa, cuma mungkin dikurangkan sedikit jumlah air sebab kita mahu masukkan santan dan mahu nasi jadi seketul-seketul.

1) Basuh beras. Kalau pakai beras basmathi, rendam sekitar 15 minit.

2) Masukkan santan sekitar sepeket (kalau santan serbuk) atau 100 gram kalau santan segar.

3) Larutkan gula dan garam secukup rasa dalam sedikit air panas, kemudian masukkan dalam beras.

4) Masukkan pewarna. Hati-hati jangan terlajak.

5) Masukkan daun pandan yang telah dikoyak dan diikat sempurna. Masukkan halia yang dihiris halus dan masukkan sedikit halba.

6) Masukkan minyak/butter/minyak sapi. Letak dalam rice cooker.



Sambal 

1) Kisar semua bahan tadi hingga betul-betul lumat.

2) Panaskan minyak dan masukkan semua bahan yang telah dikisar. Minyak jangan terlalu sedikit. Tunggu hingga pecah minyak dan masak betul-betul. Bahagian ini sangat memerlukan masa dan kesabaran. Mungkin sekitar 15-25 minit juga penantian. Kalau buka api kuat, jangan lupa untuk kacau setiap 5 minit, takut hangit.

3) Masukkan sos tomato atau tomato puree sedikit. Masukkan asam keping.

4) Masukkan garam kemudian masukkan gula hingga secukup rasa.

5) Goreng ikan bilis kemudian masukkan dalam sambal yang sudah siap tadi.


Alhamdulillah siap.

Opsss, kalau mahu tambah adds-on bolehlah tambah telur atau ayam mengikut seleran anda.









No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter