6/4/18

El-Nasr



Ada satu ketika dalam hidup, sa-suatu hentakan membuatkan kita tersentak lalu menghilangkan ritma hidup yang sudah dirancang. Ritma itu halus. Ia hilang sedikit demi sedikit, larut dalam arus dunia. Hingga membawa bersama FOKUS hidup.


Jiwanmu bertambah sugul. 

Hatimu dilanda galau. 

Hilang pertimbangan. 

Perjalanan hidup terasa sukar. 

Kaki bagai hilang pedoman berjalan.

Hati meronta-ronta agar dikembalikan kekuatan tenaga, diberikan taufiq, dianugerahkan kegagahan hati. Meronta-ronta menginginkan bantuan. Menangis dia dari dalam.


Untuk kembali ke landasan asal dan landasan semangat, sungguh sangat sukar.

Kecuali DIBANTU.

Dibantu siapa?

Apakah bantuan paling indah selain bantuan Tuhan-mu?

Ya, ia bantuan agung daripada ALLAH.


* * *

Malam itu saya buntu memikirkan mahu solat terawih di mana. Hingga beberapa minit sebelum azan isyak, masih lagi bingung. 

Sahabatku menjengah di muka pintu bilik, terus saya tanyakan, “Masjid mana malam ni?”

“Castle jom!”

Tanpa fikir panjang terus saya setuju. Bersiap segera terus bergerak ke Masjid Castle.

Kami berjalan bersama-sama hingga sampai ke masjid.

Hatiku masih galau dan berasa tidak keruan. Entah mengapa sukar tenang. Astaghfirullah.

Hati yang gundah pada hari itu menyebabkan saya tidak bersedia berwuduk seperti sebelum-sebelum ini.

Masuk saja masjid terus menuju ke tempat air sembahyang.

Usai segalanya, gema iqamah mula dialunkan. Melalu saya masuk ke saf. Sedikit gelabah entah mengapa.

Elok masuk dalam saf, terpandang saya pada satu tulisan di dinding hadapan. Satu ayat al-Quran daripada Surah Al-Fath.


وَيَنْصُرَكَ اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا

[Surah Al-Fath, Ayat 3]


Subhanallah.

Betapa diri ini terharu dan gembira apabila melihat ayat ini. Benar-benar merasakan diri ini sedang berbicara dengan ALLAH dan ALLAH memujukku dengan ayat ini.

La hawla wa la quwwata illa billah.

Buat hati yang membaca al-Quran bukan seperti membaca buku atau kitab-kitab lain, membaca dengan mendalami, tenggelam dalam larutan chenta, pasti menemui sa-suatu yang istimewa untuk sang hati. 

Ini ayat Sang Kekaseh kepada hamba-NYA. 

Inilah ayat-ayat chenta-NYA.

Kemudian imam memulakan bacaan al-Quran pada rakaat pertama solat isyak dengan membaca Surah Al-Mukminun.

Sekali lagi diriku tersentak.

Disentak untuk kembali bergerak.






Selepas KAU bukakan
fathammubina,
KAU bantu kami dengan
nasran'aziza!







_____

Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt


0114, 040617

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter