5/7/18

Tinggal Solat Yang Menjadi Ibadah


“Tinggal solat pun boleh jadi satu ibadah.”


Semasa mengemas buku-buku di meja, saya temukan semula catatan-catatan dalam kelas Fiqh Haid dan Nifas. Kelas itu berlangsung selama enam hari pada tahun lepas yang mengkhatamkan kitab Sabil al-Muhtadīn.

Dalam catatan itu saya tuliskan, “Tinggal solat pun boleh jadi satu ibadah.”

Keadaan bagaimana yang boleh buat tinggal solat boleh jadi ibadah?

Meninggalkan solat boleh jadi satu ibadah apabila sa-orang perempuan itu berada dalam keadaan haid.

Kerana, ketika itu syariat berkehendak agar perempuan tidak mengerjakan solat.

Jadi meninggalkan solat ketika itu adalah ibadah kerana itu adalah perintah ALLAH.

Dari situ bolehlah juga disimpulkan bahawa perempuan-perempuan muslim jangan bersedih hati jikalau mengenangkan mereka tidak dapat banyak mengerjakan solat atau membuat ibadah lain seperti kaum lelaki.

Kerana, apabila melakukan apa yang ALLAH suruh itu juga satu ibadah dan insyaAllah akan mendapat ganjaran pahala.

_____

Muhd Iqbal Samsudin
060518
#ibnuDDin

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter