5/15/18

Nasihat Belajar Syeikh Ahmad al-Fathani

Al-'Allamah Syeikh Ahmad al-Fathani pernah menulis satu surat kepada anaknya, Haji Wan Ismail al-Fathani. Ketika itu, anaknya sedang belajar di Mesir.


Antara isinya ialah berkenaan perihal menjaga waktu.


"Mengetahui aku bahawasa engkau amat suka dan gemar berjalan, khususan pada malam. Dan tiada tersembunyi bahawa demikian itu membawa beberapa mudarat. Setengah daripadanya rugi muthala'ah; dan hafaz dan mengaji misalan.

Jikalau engkau berjalan lepas maghrib hingga pukul enam Arabi malam, maka telah rugi daripada umur engkau. Hal keadaan sia-sia sekerat malam. Maka dalam sebulan telah rugi 15 malam. Dan dalam setahun rugi engkau 180 malam. Bertambah pula beberapa rugi yang amat banyak daripada umur engkau yang lalu sia-sia dengan sebab engkau tinggal sehari atau sekerat hari. Sebelah pagi atau sebelah petang.

Yang engkau sangkakan uzur engkau, padahal hanya semata-mata malas atau dengan sebab tiada ingat mehafaz yang jadi dengan sebab berjalan malam itu. Maka sekalian itu membawa kepada rugi umur daripada mendapatkan ma'arif dan ulum.

Hendaklah engkau sungguh-sungguh pada menghasilkan akan ma'arif dengan meninggalkan berjalan malam dan meninggalkan kuat bersuka-suka dengan ashab."




Sumber : Al-'Allamah Syeikh Ahmad al-Fathani, Ahli Fikiir Islam dan Dunia Melayu.

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter