4/7/18

Syumul

Islamnya kita ini harus ISLAM secara syumul, yakni menyeluruh. Yakin dengan sebenar-benar yakin.

Hari ini bila kita banyak berada dalam bersosial di media, apabila musuh menyuapkan racun dalam media, kita telan bulat-bulat dan beriman dengan apa yang mereka percaya, tanpa ‘minda sedar’ kita tahu.

Lalu kita boleh lihat, betapa ramai orang Islam hari ini, bila mendengar kumpulan Islam, bila mendengar kumpulan yang mahu tinggikan kalimat Islam, mahu tegakkan syariat Islam, mereka jadi allergik.

Mereka akan menuduh dengan tuduhan melampau. Label teroris dan pelampau sudah sangat sebati di bibir dan tulisan mereka. Mereka melabel orang lain kerap melabel tanpa mereka tahu mereka sudah pun melabel.

Mereka sendiri muslim tetapi merekalah yang paling banyak menimbulkan ragu. 

Mereka muslim pada kata, pada hati masih meragui.

Apa guna Islam yang begitu?

Duhai muslim, mari sama-sama kita muhasabah semula atas penyaksian shahadah kita.

Jujur pada dirimu. Barangkali pada kumpulan yang memikul beban tanggungjawab meninggikan syariat ALLAH ini ada melakukan silap atau ada kekurangan, tetapi itu sama sekali tak bermakna apa yang mereka bawa itu salah atu tidak benar!

Tak mudah untuk bersabar dan islah segala kekurangan di dalam, tapi itu semua tak akan berjalan kalau tiada yang memurnikan atau hanya tahu keluar menjelir dari luar.

Islam akan menang. Pasti. Walau tatkala kemenangan itu kita sudah tiada, ia tetap akan menang. Jangan bila menang baru tahu muncul. Ketika susah hilang mengeji kencang.

Walau hanya dengan secebis usaha atau daya untuk jalan ini, ALLAH akan kira. Tak akan pernah sia-sia. Yakinlah.

Dengan yakin ini kita dapat bergerak, hatta jika kita mati ketika bergerak ini pun tak mengapa, asal ALLAH redha dengan setiap bergerak kita.

Terus istiqamah, teman!

ALLAH bersamamu.

_____

Muhd Iqbal Samsudin 

#ibnuDDin

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter