3/18/18

Ulasan Buku : Isteriku Bidadari - Ustaz Ebit Lew





Satu pelaburan masa dan tenaga yang berbaloi untuk baca keseluruhan 406 muka surat buku ini.

Sangat bersyukur dihadiahkan buku ini oleh kakak saya dua tahun lepas.

Saya menangis beberapa kali tatkala membaca buku ini. Entahlah, walaupun belum lagi berkahwin, tapi nasihat dan bimbingan yang dinukilkan sangat mengesankan hati. Tulisannya tidaklah bertintakan ilmu-ilmu besar, tetapi lengkap bertintakan hati dan pengalaman.

Buku-buku berkualiti untuk islah ummat tertutamanya buku berkenaan rumah tangga begini perlu diperbanyakkan, bukan hanya sekadar buku populis yang hadir untuk mengaut untung sahaja. Golongan awam sangat perlukan buku seperti ini.

Buku ini sangat sesuai dihadamkan sebelum melangkah ke alam perkahwinan dan dihadiahkan kepada bakal mempelai. Bahasanya bahasa mudah dan dapat difahami oleh semua orang.

Ada banyak juga tempat yang ada typo dan ayat yang tidak lengkap, namun masih boleh difahami. Kekurangan ini harap boleh ditampung pada cetakan baharu selepas ini.

Terima kasih Ustaz Ebit Lew atas penghasilan buku ini.

_____
Muhd Iqbal Samsudin
#ibnuDDinBookShop
180318


Mahu order?
WhatsApp --> http://ibs.wasap.my

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter