2/21/18

‘Rasa’ Dalam Menulis



Rasa.

Ya, rasa.

Dari segenap pembacaan dan pengalaman, boleh saya simpulkan hemat kecil bahawa 'rasa' itu satu anugerah dalam menulis.

'Rasa' yang tiba sekarang, tidak akan sama sekali sama dengan 'rasa' yang akan menjelang, walau hanya sesaat di hadapan!

'Rasa' yang kita kecapi saat muda, sama sekali berbeza dengan 'rasa' yang digenggam ketika tua.

Kerna itu, tulislah segera.

Rakam ia dalam arca aksara. Ia magis untuk kekalkan kuasa rasa itu.

'Rasa' itu akan lenyap tatkala engkau memilih untuk bertangguh.

#NotaTulis

_____

Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter