5/31/17

Bagaimana Memilih Selepas Istikharah?


Bagaimana Memilih Selepas Istikharah?

______

Dalam berbagai-bagai ​beban hidup yang terpundak di bahu, banyak yang boleh diringankan dengan bersujud meminta petunjuk ALLAH.

Dan dalam beristikharah meminta petunjuk daripada ALLAH, dua soalan yang selalu berpekik di hati.


1) Apa yang perlu dilakukan selepas istikharah?

2) Pilihan yang bagaimana yang perlu dipilih selepas istikharah?


Menyelak kutaib (kitab kecil) ini beberapa hari lepas menemukan saya dengan jawapan ini.

Jawapan buat dua soalan itu, saya simpul dan rangkumkan pada satu jawapan.

Iaitulah, meminta fatwa hatimu sendiri (yang jauh dari pengaruh nafsu), dengan memilih pilihan yang terasa LAPANG di dada dan DAMAI di hatimu.

Pinta fatwa hati, bukan sekadar berharap pada mimpi.

Hati yang sejahtera dan belum rosak akan sentiasa berkata benar. 

Apabila dadamu tidak berasa sesak, bahkan hatimu tidak terasa gundah gelisah, maka itulah jawapannya!

LAPANG di dada dan DAMAI di hati.


!اسْتَفْتِ قَلْبَك








_______

Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1053, 290517


No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter