2/28/17

Permasalahan Masbuk Solat Jumaat



Permasalahan Masbuk Solat Jumaat


Dengan soalan seorang sahabat, buat saya ulang kaji semula persoalan berkaitan solat jumaat, yang sudah lama belajar dahulu zaman sekolah.

Solat jumaat ini tidak macam solat fardhu biasa, agak sedikit rumit, sebab itulah permasalahan ini selalu jadi keliru.

Saya kongsikan secara ringkas ya, supaya mudah kita faham.

.


Situasi 1 :
Tertinggal 1 rakaat.

Solusi - Tambah 1 rakaat, niat tetap niat jumaat dua rakaat.


.


Situasi 2 :
Tertinggal 2 rakaat.

Solusi - Tambah 4 rakaat (macam solat zohor), niat tetap niat jumaat dua rakaat.

Untuk situasi kedua ini special. Niat jumaat macam biasa dua rakaat, tapi buat 4 rakaat.


____


Terima kasih ustaz-ustaz yang sudi jawab soalan ini.

Sebarang pertanyaan lanjut, boleh tanya para ustaz ya, saya bukan ahli dalam bidang ini.

Moga bermanfaat.

😉


______
Muhd Iqbal Samsudin
240217
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter