8/29/16

Rezeki Yang Tidak Tersekat



Seorang sahabat lama saya ini seorang usahawan yang sangat berjaya di mata saya. Jualan dan keuntungan bulanannya boleh cecah puluhan ribu ringgit, masya-Allah murah sungguh rezeki dia.

Ketika kami naik kereta bersama, dia ada menceritakan perihal sedekah, selepas saya berkongsi sedikit apa yang saya dapat dari kuliah pengajian hadith Sahih Bukhari di Mesir.

Katanya, "Dulu aku payah betul nak sedekah. Dalam kepala aku fikir, ah aku susah-susah cari duit, senang-senang saja nak bagi dekat orang!"

Saya tambah khusyuk, terus mendengar lagi.

Dia menyambung, "Tapi selepas itu baru aku sedar, dalam rezeki kita ni, ada rezeki orang lain. Lagi kita kedekut, lagi rezeki kita tersekat."

Saya mencelah, "Jadi selepas tu apa yang hang buat?"

"Bila aku ada duit, rasa sayang duit tu sangat kuat, dan ketika itu jugalah aku akan sedekah sebanyak-banyaknya. Alhamdulillah, makin aku sedekah, makin bertambah rezeki aku." Dia jawab dengan tenang.

Saya senyum, dan dia terus memandu.

Empunya dan pemberi rezeki ialah ALLAH. Apabila kita buat apa yang DIA suka, maka DIA akan beri apa yang kita suka.

#ibnuDDin




Muhd Iqbal Samsudin
Baling, Kedah, Malaysia
2253
290816


8/9/16

Unlimited

Unlimited.

Seronok betul betul kita dengan perkara yang tiada batas.

Di dunia ini, apabila diberikan kuota data internet unlimited, itu pun sudah buat kita melompat suka.

Ditambah dapat menelefon kesemua rangkaian hingga unlimited, bertambah-tambah lagi kita suka.

Dapat tonton segala video dan saluran tanpa sebarang limitasi, kita gembira seronok tak terkira.

Sungguh, semua itu nikmat.

Dan dengan kita berasa semua nikmat itu pun kita sudah seronok tak terperi, bahkan hingga kadang-kadang lupa diri.

Fikirkan, teman-teman.

Bagaimana jika kita dimasukkan dalam satu taman yang super duper unlimited.

Setiap isi hajat yang tak tergambar dalam minda kita sekali pun ditunaikan secara unlimited.

Ya, semuanya!

Tahu taman apakah itu?

Itulah,
SYURGA
kurniaan ALLAH TA'ALA.

Dalam satu hadith qudsi, Nabi menyebutkan firman ALLAH

عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ قَالَ اللَّهُ أَعْدَدْتُ لِعِبَادِي الصَّالِحِينَ مَا لَا عَيْنٌ رَأَتْ وَلَا أُذُنٌ سَمِعَتْ وَلَا خَطَرَ عَلَى قَلْبِ بَشَرٍ

Daripada Abu Hurairah radhiyallahu'anhu, daripada Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, baginda bersabda : "Allah berfirman,

'Aku persiapkan bagi hamba-Ku yang shalih (ganjaran) yang tidak terlihat oleh mata, belum terdengar oleh telinga dan belum pernah terdetik oleh hati manusia'.

[Hadith Riwayat Bukhari, nombor 6944]


Siapa pula yang akan dapat masuk?

Antara ciri-cirinya, ALLAH sebutkan dalam ayat 82 Surah al-Baqarah,

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أُولَٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

"Dan orang-orang yang Beriman
serta Beramal Soleh,
merekalah ahli syurga,
mereka kekal di dalamnya."



#ibnuDDin
Muhd Iqbal Samsudin
2322
090816
Dalam perjalanan TBS - Baling.