4/25/16

Ditimpa Bodoh

[Cerita Sa-orang Bibliofil]

Ada buku yang apabila dibaca, kita tak faham langsung dan terus rasa serabut.

Serabut yang timbul itu kerana kita tersedar kita masih masih masih lagi bodoh.

Dari situ kita kembali menapak demi tapak, mencari dan menampung segala kekurangan.

Dan diakhir, kita kembali membuka kembali buku yang kita tidak faham itu. Secara tiba-tiba, senyum terlompat keluar. Sudah faham. Itulah rasa sebuah kemenangan, dengan izin Tuhan.

Namun jika masih tidak difahami, ia seakan indikator yang kita tidak bergerak untuk menjadi lebih baik. Harus sedar diri dan terus berlari, jangan tangguh-tangguh lagi.

Sungguh. Benar. Tiada yang paling buruk dari dada sa-orang pencinta ilmu, selain ditimpa bodoh.
___

Oh ya, buku bekas ini (dalam gambar) saya beli hanya dengan harga lima genih, bersamaan dua ringgit lebih. Antara bahagia di bumi Kinanah.




Wallahua'lam

Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
1419
250416

2 comments:

  1. Assalamualaikum. Tak ingat dah kali terakhir jenguk blog ini. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam tuan guru. Segan kita. Blog ini tak ada apa-apa sangat yang menarik, menerima kunjungan tuan guru sudah menambah uja dalam hati hamba. :)

      Delete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter