11/27/15

Ulasan Buku : Orang Ngomong Anjing Gonggong (Mutalib Uthman)

Kalau nak baca buku yang tebal tapi boleh cepat habis, baca buku ini.

Percayalah, hanya dengan beberapa minit sudah boleh khatam.

Rumetkacak dan saya sepakat ijtihad buku ini agak berbahaya untuk jalur fikir masyarakat. 

Tulisan-tulisan yang membawa pemikiran simplistik, eh silap, extremely simplistik, dan buat orang yang malas berfikir seperti kebanyakan umat Melayu akan cakap, "Eh betul jugak apa yang dia cakap!"

Ternyata dunia ini tidak sesimple pimple itu.

Kalau malas nak menuntut luas ilmu, membaca, mengembara bergaul dan berakhlak tinggi tetapi mahu juga bercakap dundang dundang, jadilah pemikiran simplistik, kerana itulah yang paling mudah.

Dari sudut keberanian saya tahu dia menang dan dia punya publisher dia bolehlah publish buku apa yang dia nak, tanpa menafikan usaha dan pembawaannya dalam industri buku dan pendidikan.

Apapun, buku ini boleh saya katakan sebagai komik indie alaf moden dan tidak berbaloi dengan harganya.

Ini sebuah ulasan jujur. Saya tak pandai mengampu walau saya ejen dubook.


image

____

Bagi yang ingin buat pembelian buku ini, boleh hubungi :

WhatsApp/Telegram +60134194298

____

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
1755
070615

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter