11/27/15

Ulasan Buku : Ilham Kembara (GKLN)

Masa menunggu adalah masa yang ditunggu-tunggu buat pembaca buku tegar.
Masa menunggu jadi kurang menyeksakan apabila dihias rasa dengan buku.

Dan pada malam ini buku ini mengisi masa tunggu saya kala menunggu dan menemani device saya dirawat dalam 'wad' .

Dari Kaherah, saya berterbang siur bersama bening hati ke serata dunia dengan buku ini. Di bawa ke alam-alam yang belum kaki saya jejak.

Ya, semuanya melalui buku ini.

21 catatan kembara yang sangat mengisi nurani dan ditambah seri dengan sentuhan sastera indah.

Penulis yang sudah pernah saya baca karya mereka ada tiga orang, Ummu Hani Abu Hassan, Shahkang dan Ustaz Rosma Izudin.

Yang lain-lain, inilah kali pertama saya baca karya mereka. Alhamdulillah, enak juga membelai rasa.

Tulisan Puan Ummu Hani yang terdapat dalam buku ini kebanyakannya saya sudah baca melalui bukunya berjudul 'I Want To Be A Writer' terbitan Galeri Ilmu, namun tetap saya baca semula.

Karya-karya Saudara Shahkang juga membuatkan saya jadi lebih faham karya-karyanya yang saya pernah baca sebelum ini seperti dalam buku 'Soya Ais Peneram Madu' terbitan ITBM, lantaran penerangannya berkenaan bagaimana karya-karyanya sebelum ini boleh terhasil.

Penulis-penulis lain juga menerangkan kembara mereka dan bagaimana merencana ilham mereka yang membolehkan mereka mengarang pelbagai jenis karya sastera.

Kagum dengan mereka, rata-rata sudah menulis banyak buku. Saya sendiri satu buku pun belum terhasil walau sudah berkelana di bumi Mesir hampir 4 tahun. Ah, lemahnya diri.
Hembusan inspirasi melalui coretan kembara ini setia membugar, tahniah!

image
#IlhamKembara
#GrupKaryawanLuarNegara


Muhammad Iqbal
El-Abbasiyya, Cairo, Egypt
0118
170615

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter