11/26/15

Terputus

[Nota Diri]

Sedang aku mengenangkan, betapa beruntung seseorang yang telah pergi dalam kalangan kami, walau telah terputus segala amalannya, namun masih ada saham ghaib yang berupaya terus menyumbang pahala kepada beliau.

Amal jariah. Satu amal, antara amal-amal yang menguntungkan. Tiada pernah mendatang rugi.

Ya, itulah yang beliau, Allahyarham Abdullah Azhari tinggalkan.

Melihat banyak buku-buku milik Allahyarham dan juga rak buku tinggalannya, aku bersama sahabat lain berusaha mendirikan sebuah perpustakaan dalam satu sudut di Markaz tempat kami pelajar-pelajar Malaysia Universiti Ain Shams selalu berkumpul.

Moga-moga, jasa beliau sebagai pengerusi pertama PERUBATAN Cawangan Ain Shams terus dikenang dan dimanfaatkan segala barang peninggalannya.

Pabila buku-bukunya dibaca, orang yang membaca mendapat menghadam ilmu-ilmu yang ada, lalu dia di alam barzakh sana, terus mendapat saham pahala jariah, laksana sungai yang lembut mengalir masuk.

Aku?

Masih menunggu giliran ke sana.

Andai suatu hari sudah berangkat ke alam sana, ambillah apa sahaja harta sedikitku, hatta andai tulang belulangku ini punya manfaat untuk Islam, ambillah.

Biar jariah aku laju mengalir datang membelai aku di alam sana.


Daripada Abu Hurairah radhiyallahu'anhu bahawa Nabi Muhammad sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
"Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara :sedekah jariah,atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lainatau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
(Hadith Riwayat Muslim dan lain-lainnya)


Allah jua Yang Paling Tahu.
Muhammad Iqbal
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
1818
191214

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter