11/26/15

Soleh



Sejak membaca satu artikel yang ditulis oleh seorang perempuan, saya renung sebentar.

" Oh, begitu rupanya kebanyakkan wanita."

Ini yang dia tulis.

kredit
" Bukan lelaki sahaja yang bisa tidak tentu arah bila melihat perempuan solehah idamannya, bahkan yang bernama perempuan itu juga bisa bergetar hatinya melihat lelaki yang soleh. Hingga tersemat di sudut hatinya, berdoa dan meminta pada ALLAH agar dipilih oleh lelaki soleh itu.. "


Itu sebuah rasa. Rasa yang jarang-jarang orang lain ungkapkan. Mungkin sebab semua dipagari perasaan malu.

Dan kini, saya rasa, bukan sekadar pihak perempuan sahaja yang merasakan aura lelaki soleh, bahkan seorang lelaki juga bisa bertsunami hatinya apabila terlihat perempuan solehah. Ini serius. Apabila kejujuran itu muncul, begitulah bunyinya. Huh.


Bila meningkat dewasa, pelbagai hormon yang muncul, pelbagai rasa yang dirasa. Tinggal kita sahaja yang mahu memandu semua itu ke lembah yang di redhai-Nya, atau di murkai-Nya!

 Bila terlihat perempuan solehah, bukan sekadar bertsunami hati, tetapi rasa rendah diri dan malu sendiri. Oh, hinanya diri, betapa mulianya dia!


" Isteri solehah, mengkayakan suami" Ustaz Kazim membaca kitab dalam video di you tube.

 " (Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia. "

( an-Nuur 24 : 26)



10.8.2012
2.05 a.m

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter