11/27/15

Ribut Pasir di Pesta Buku Kaherah

Kenangan Cairo International Book Fair pada tahun ini benar-benar membekas keras terpahat.

Gara-gara stesen metro Cairo Fair ('Arod Ma'arid) ditutup pada hari-hari akhir penganjurannya, saya terpaksa berjalan dari Stadium ke pintu belakang. Saya bagai ayam masuk KLCC, tak tahu ke arah mana mahu dituju. 

Namun, setelah diyakinkan seorang pak cik berumur 45 tahun, yang juga seorang peguam, mengatakan bahawa pintu belakang ma'rad tidak jauh, maka saya terus berjalan bersamanya.

Malang sekali. Setelah berjalan berkilo-kilo meter, akhirnya pintu belakang tutup. Berkecamuk hati. Mahu tak mahu, kalau nak masuk mesti kena pergi pintu depan.
Sambil tenangkan jiwa gelora, saya teruskan perjalanan berkilo meter lagi. Jauh gila kot. Tenangkan jiwa dengan selawat dan membayangkan banyaknya kalori yang akan terbakar hari itu. Hati kembali lega.

Satu sahaja beruntung pada hari itu, masuk percuma. Alhamdulillah. 

Elok sahaja melangkah, angin mula kuat. Saya turut gagah menguatkan kembali. Dah jalan jauh, takkan nak balik macam tu saja, mestilah kena ada hasil. Saya terus menuju ke destinasi pilihan.

Allah terus menguji para pencinta ilmu di situ. Angin begitu kuat dan pasir meluru bak peluru masuk ke mata. Ribut pasir sudah bermula. Buku-buku yang terdedah pun kebanyakannya sudah diselaput debu pasir.

Langit jadi kuning. Cuaca yang tadi tidak terlalu sejuk, merubah makin sejuk, turut ikut serta sang ribut. Aduh, dah la tak pakai sweater T__T


image

Alhamdulillah, sempat bergambar walau pasir menderu kuat bersama angin, dengan sahabat-sahabat ustaz Kedah yang dalam perjalanan pulang. Hanya ini yang ada gambar saya di ma'rad tahun ini.

Pabila stesen metro ditutup, banyak jalan yang tutup, maka perjalanan pulang juga menyeksakan. Selepas puas menunggu dan berebut dengan pak arab naik bas dan tremco, akhirnya berjaya juga naik tremco. Namun, jalan pula zahmah, terlekat pula di situ. Akhir kalam, turun jalan kaki pulang dengan redha.

Sekian kisah tragis Ma'rad Kutub 2015.

Mengembaralah anak muda! :)

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2046
140215

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter