11/26/15

Nenek Tua



Alam ini bukan sahaja dicipta semena-menanya. Adanya alam ini, menunjukkan dalil kewujudan Allah. Maka beruntunglah hamba-Nya yang bijak mentadabbur alam ini.

Sebagai manusia normal, yang tiada kuasa-kuasa super duper seperti super hero yang kacak gagah  bergaya, kita tak mampu untuk mengingati Allah for 24 hours. Kalau pun boleh, itu mungkin buat hamba-hamba-Nya yang terpilih. Oh, sungguh beruntungnya mereka.


Nenek.

Saya, hari ini Allah nikmatkan saya berbuka bersama orang-orang susah. Saya suka tengok mereka, serius!

Bila melihat mereka, hati kita jadi sayu. Hati kita belajar sendiri erti syukur. Walau mereka hanya gelandangan (homeless) yang tidak punya apa-apa, namun mereka masih teruskan hidup menempuh segala apa yang mendatang.

Melihat mereka membuka kuncupan kesyukuran dalam diri kita. Dia tak mampu nak makan banyak-banyak, dan dia bawakan tupperware plastik untuk mengisi hidangan yang lebih itu. Mungkin boleh jadi dia mahu jadikan hidangan bersahur, mungkin juga untuk anak-anaknya. Tapi kebanyakan kita hanya buang saja semua makanan yang tak habis. Membazir.

Nenek tua itu, hanya senyum dan tak lokek dan malu untuk ucap 'terima kasih' apabila ada yang memberi. Sungguh menghargai orang di sekeliling. Tak rugi kita melihat alam dan kait segalanya dengan Allah.

Lihatlah diri kamu. Dan sentiasalah jadi insan yang bersyukur.

"Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)?"

(Adz-Dzaariyaat 51:21)



____

Muhd Iqbal Samsudin
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
16.8.2012
8.50 a.m

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter