11/27/15

Menunduk Dahulu

Hidup kita tak terlepas daripada berkomunikasi dengan manusia lain.

Hablumminnas.

Dalam pergaulan kita, ada juga kadang-kadang berlaku ketelanjuran kata dan tindakan.

image

Dan, kadang-kadang orang lain yang terlanjur dengan kita.

Selalunya, masing-masing ada salah sesama sendiri.

Maka, jangan terlalu ego.

Rendahkan. Mulakan kata maaf dahulu.

Ingatlah, sebagaimana janji Allah untuk berikan pengampunan kepada kita, begitulah juga kita, mudahkan mengampuni insan lain.

Kalau kita mintak ampun pada Allah dan Allah tak mahu ampunkan kita, apa yang kita rasa?

Rilek rilek je der.

"Rendahkan diri, nescaya Allah akan akan mengangkat diri kita ke tempat yang lebih tinggi. Percayalah"

Sentiasalah pinta ampun daripada Tuhanmu.

Sentiasalah pinta ampun daripada insan-insan sekelilingmu.

Tundukkan dahulu dirimu, dan kemudian Allah akan mengangkatmu.

Dan Tuhan kamu berfirman: "Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina."
[Surah Ghafir : Ayat 60]


Muhammad Iqbal
El-Abbasiyah, Cairo, Egypt.
2014

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter