11/27/15

Memeluk Erat Kebenaran

Mulianya pada yang setia tegap pada kebenaran.
- Sungguh, pasti dia tidak akan bersikap fanatik pada apa sahaja yang datang padanya. Kerana itu hanya mengaburkan lagi lapangan pemandangan yang benar-benar. 
- Dia juga tidak gopoh menghukum dan membuat konklusi. Kerana pada kertergesaan itulah banyak datangnya talbis syaitan dan kecacatan pandangan. 
- Sifatnya jinak dengan tabayyun, mengelak fitnah yang menggerun. Adil dalam menerima dan mencari, tegas dalam memberi pandang.
Yang membawa panji kebenaran ini, meski kadang kala dihina caci pada zamannya, difitnah siang malam dengan pendapat dan pandangan luhurnya, diugut membawa terbang nyawa jasadnya, namun pada suatu ketika, walau dirinya sudah lenyap di alam nyata, sudah pun menghuni alam barzakh, yang benar itu akan tetap muncul jua, walau disekat-sekat dahulunya.

Boleh jadi, lembaran-lembaran kertas yang diperah tulis, yang itulah yang akan lancang berkata-kata membenar segala. Ya, tulisan-tulisan yang dihina suatu ketika duhulu itu yang akan kembali menari mensyarahkan yang benar.

Lalu, yang benar tetap akan membenarkan.

Walau itu hanya rahsia agung Sang Tuhan.


Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt
1957 | 190215

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter