11/27/15

Membaca Dalam Kenderaan

Umur kita singkat.

Masa kita terhad.

Ilmu wajib dituntut.

Saya mula membaca buku dalam kenderaan, sebelum menjelang PMR. Semasa cuti sekolah, ketika itu ayah saya ada tender membekal makanan di PLKN Baling, jauh pedalaman di Sungai Limau.

Saat itu saya betul-betul merasakan masa menjadi begitu terhad. Mahu tidak mahu, kena juga bawa buku dan studi dalam perjalanan menghantar makanan-makanan ke sana, bersama ayah yang memandu di sebelah.

Kereta  ayah yang usianya ketika itu sudah menjangkau 24 tahun, tidaklah  berpendingin hawa, apatah lagi bunyi dan getarannya yang sedikit bingit.

Pening?

Memang pening.

Nak muntah?

Memang loya.

Tapi saya cuba juga untuk lawan segala rasa-rasa itu, moga-moga selepas itu lebih mudah untuk saya baca buku dalam mana-mana kenderaan.

Kemudian, hari demi hari, makin lama, tempoh pembacaan saya semakin hari semakin lama. Makin 'immuned' dengan pening dan muntah.

Tetapi untuk kenderaan-kenderaan di Mesir, ternyata perlukan latihan semula, memandangkan cara pemanduan rakyat Mesir yang lebih ekstrim bagai roller coster berbanding Malaysia.

Cubalah.

Moga-moga masa kita kurang terbuang dalam kenderaan-kenderaan yang kita naik.

Paling kurang, jika tidak mampu membaca dalam kenderaan sekali pun, bacalah alam dan segala isi alam ini, pandang dengan hati paling luhur, dengan mata hati, nescaya banyak iktibar yang aqal boleh ditafsir. 

;)

image

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
2352
100315

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter