11/26/15

Lihat Karibnya

Wanita dan teman karibnya,
Pasti ada.

Berjalan bersama,
Menangis bersama,
Mendaki bersama,
Bersama gila-gila,
Gila-gila ketawa,
Merantau dunia.

Padanya tempat dia bercerita,
Tempat bercanda mesra,
Lubuk segala tanya.

Segala hemat karibnya itu,
Sering didengari tanpa ragu.

Kerana itu aku mahu beritahumu,
Saat engkau memilih teman pelengkapmu,
Lihat juga pada karib bakal pelengkapmu itu.

Karib mereka,
Banyak menentu jalan fikir mereka.

Pilihlah sebaiknya.

Muhammad Iqbal
1340
190615

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter