11/26/15

Kekuatan


Sampai satu tahap dalam memperbaiki kemahiran diri, kita perlu beralih dengan penuh berani, untuk tumpukan kepada kekuatan diri kita sendiri.

Untuk itu, satu soalan sudah pasti akan timbul.

Apakah kekuatan diri kita?

Mudah. Hanya Allah dan diri kita sendiri sahaja yang tahu.

Namun, tidak dapat tidak, kekuatan itu memerlukan masa untuk kita pastikan itu adalah kekuatan diri kita.

Selama hidup kita di dunia ini, kita perlu pandai mencari apa kekuatan kita. Dan, jangan biarkan terlalu lama dalam proses pencariannya.

Lazimnya, apa yang kita minat, dan sangat suka lakukan, itulah kekuatan kita.

Biarkan segala kata tohmah orang lain kepada kita. Teruskan berlari, walaupun perlahan, biarlah ianya istiqamah. Terus tumpukan pada kekuatan diri kita.

InsyaAllah, hasilnya akan kita lihat selepas itu.


image


Wallahua'lam
Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1928
061113

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter