11/26/15

Kami Bakal Menyusul


faiz hassan

"Dan (tiap-tiap) makhluk yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, iaitu ketetapan (ajal) yang tertentu masanya (yang telah ditetapkan oleh Allah). Dan (dengan yang demikian) sesiapa yang menghendaki balasan dunia, kami berikan bahagiannya dari balasan dunia itu, dan sesiapa yang menghendaki balasan akhirat, kami berikan behagiannya dari balasan akhirat itu; dan Kami pula akan beri balasan pahala kepada orang-orang yang bersyukur."
[3:145]
Pagi nan hening ini, saya mendapat berita daripada sahabat-sahabat di Malaysia, seorang sahabat kami telah pulang bertemu Penciptanya.

Saya mengambil masa untuk menerima dan membetulkan diri yang sedang alpa.
Sungguh, mati itu pasti, dan sudah ditetapkan oleh-Nya. Kita hanya perlu bersedia dan menempuh segala rencam dunia dengan petunjuk wahyu-Nya.

Sedih :'(

Allahyarham ketika di sekolah, merupakan pengunjung tegar surau ketika waktu rehat, untuk solat dhuha.

Beliau jugalah yang banyak membantu pelajar-pelajar lain untuk bangun menunaikan solat subuh. Dengan suaranya yang lunak, beliau nyanyikan di ruang asrama dan gerak pelajar-pelajar lain.

Beliau jugalah yang menjadikan suasana setiap masa menjadi riang dan tenang ketika semua kelihatan tegang.

Faiz Hassan, engkau mendahului kami. Suatu hari nanti kami akan sama sepertimu, kembali kepada sang Pencipta.

Moga Allah mengampuni segala dosamu sahabat, dan mengurniakan Syurga nan indah di sana

Bersiap-siagalah semua.

Moga dengan kematian ini, dapat menghidupkan kembali hati-hati kita yang yang mati. Masih belum terlambat untuk bertaubat.

Saya letakkan di laman ini, agar kematian ini akan sentiasa mengingatkan saya dan semua pembaca.

Sedekah ayat-ayat al-Quran buatnya dan doakan kebaikan buatnya di sana.

Faiz, kami bakal menyusul. :'(




Wallahua'lam


Muhammad Iqbal.
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1150
210614

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter