11/26/15

Ibu Solehah Menjadi Pencerah

image
Petikan daripada buku 'Aku Pilih Berjilbab' karya Layla TM


Terkenang aku pada satu perbualanku bersama seorang sahabat karib.

Ketika itu, kami berada dalam tremco, sebuah van besar yang menjadi pengangkutan utama di Mesir, mahu menuju ke satu tempat.

Entah apa tajuk bual bicara kami pada waktu itu, yang aku ingat, kata kalam sahabatku ini memeluk dan menusuk hatiku.

Katanya,
"Perempuan ini seolah tidak punya peluang lagi sepatutnya untuk menjerumuskan diri mereka dalam lembah kerosakan da kebinasaan.

Mereka perlu islah diri mereka sentiasa. Menambah ilmu menguat iman. Mengukuh tsaqafah untuk dijadikan panduan.

Kerana semua mereka itu, insyaAllah akan jadi seorang ibu. Bagaimana mungkin seorang ibu membentuk dan jadi penunjuk buat anak-anaknya, jika mereka sendiri rosak binasa?"

Aku berkedip-kedip mata, menikmati indahnya kata-kata itu.

Moga-moga kita semua diberikan taufiq dan hidayah dalam menjaga diri dari lingkaran api jahiliyyah saban hari yang buas membakar manusia-manusia alpa di sekelilingnya.

Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1127
171114

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter