11/26/15

Fenomena Buku 'Pirate' di Mesir

Rupanya, di pihak penulis antarabangsa sendiri tahu, bahawa di Mesir ini giat mencetak buku 'pirate', yang dijual dengan harga yang cukup murah.

Dan terus saya tersedar, kebanyakan buku bahasa inggeris yang saya beli di Mesir, kebanyakannya buku 'pirate'. Rasanya, hanya koleksi buku Donald Trump sahaja yang saya beli original.

Walau bagaimana pun, semua ini ada baik buruknya. Daripada sudut pandang pelajar yang kurang wang tetapi mahu membaca (seperti saya sendiri), ianya sungguh menguntungkan. Misalnya baru-baru ini, saya ada membeli buku 'Reclaim Your Heart' karya Yasmin Mogahed. Cetakan tersebut merupakan cetakan 'pirate', hanya dengan harga yang sungguh murah, iaitu LE25 (~RM12) sahaja. Jika di Malaysia, harganya lebih daripada RM81 harga di pasaran.

Tetapi, daripada sudut pandang pencinta industri buku, mungkin fenomena yang tidak pernah surut ini, banyak keburukannya.

Dari segi hukum hakam Islam, silalah tanya para asatizah yang lebih mengetahui. Sama ada dari segi hukum mecetak, menjual dan membelinya, pasti ada hukum yang berbeza-beza daripada ulama'.

Dalam buku biografi penulis prolifik terkenal Brazil, Paulo Coelho bejudul 'A Warrior's Life, A Biography of Paulo Coelho' karangan Fernando Morais, ada menyatakan perkara ini, iaitu Mesir "diiktiraf" sebagai pengeluar cetakan 'pirate' buku milik beliau yang paling menonjol.

image
Gambar dari buku "A Warrior's Life, A Biography of Paulo Coelho"


Wallahua'lam.

Muhammad Iqbal
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
1922
311014

1 comment:

  1. bagi aku la, piracy is good.

    bukan semua orang ada kelebihan nak sentiasa dapatkan yg ori.

    dan industri asal tak terjejas pun dengan piracy ni.

    mostly yg beli jenis yg xdak duit. yg ada duit selalunya beli sendiri yg ori xdak orang suruh pun.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter