11/26/15

Dua Tiga Empat

[Nota Diri] [Nota Jalanan]

Dahulu aku tidak punya masa merapati dia, tetapi setelah banyak kali bekerja bersamanya, aku jadi makin rapat pula bersamanya.

Dia ini nampak seorang yang kurang bicara, tetapi dalam dadanya penuh mutiara.
Merapu dengan sahabat-sahabat begini, membuatkan aku senang. Kadang-kadang, merapu mereka itu banyak isi. Tambah pula, dia ini sudah lama menghafaz al-Quran.

Aku berjalan dengan dia di satu program. Tiba-tiba dia berkata, "Eh, ada guest book..."
Apabila kami buka guest book itu, dia kata, "Banyak lagi kosong ni, jom la isi. Kesian diorang buat penat-penat."

Aku kalau mahu menulis semisal ini, aku memang tak suka. Droptazkirah atau apa saja, memang aku kurang suka, idea payah nak keluar.

Dia ambil pen, dia tulis ayat quran dalam bahasa arab, tanpa terjemahan. Sambil-sambil dia rujuk al-Quran di iPhone milik dia, takut-takut tersilap.

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَىٰ فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَىٰ وَثُلَاثَ وَرُبَاعَ ۖ
"Dan jika kamu takut tidak berlaku adil terhadap perempuan-perempuan yatim (apabila kamu berkahwin dengan mereka), maka berkahwinlah dengan sesiapa yang kamu berkenan dari perempuan-perempuan (lain): dua, tiga atau empat..."

Selepas dia selesai tulis, aku tanya, "Kenapa tulis ayat ni?"

Senyum-senyum dia jawab, "Saja nak bikin kontroversi, hehe..."

Aku tengok kembali sambungan ayat ketiga Surah An-Nisa' itu.

فَإِنْ خِفْتُمْ أَلَّا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۚ ذَٰلِكَ أَدْنَىٰ أَلَّا تَعُولُوا
"...Kemudian jika kamu bimbang tidak akan berlaku adil (di antara isteri-isteri kamu) maka (berkahwinlah dengan) seorang sahaja, atau (pakailah) hamba-hamba perempuan yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat (untuk mencegah) supaya kamu tidak melakukan kezaliman."


Muhammad Iqbal
Abbasiya, Cairo, Egypt.
1205
141214

No comments:

Post a Comment

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter