3/14/13

Arnab


Selepas selesai solat zohor di masjid berdekatan dewan kuliah, teman serumah datang merapati saya.

" Kejap lagi kau tolong belikan arnab kat pasar, aku nak masak."

Saya renung wajah dia tiga saat. Berhajat mahu buat muka terkejut ala-ala 9GAG, tapi tak jadi disebabkan saya rasa saya sudah dengar gosip-gosip di ruang tamu semalam mengatakan ada yang mahu masak arnab esok.

" Awat hang tak pi?"

" Aku ada kelas physio kejap lagi..."

" Aku pun tak balik rumah lagi sat gi, nak duk kat sini sat. Suruh la orang lain beli dulu."

Dia beredar dan pergi mencari pengganti pembeli arnab yang lain.

Nampak dia minta tolong rakan sebiliknya, saya senyum kerana ada yang sudi menolong dia.


*  *  *


Dengan takdir Allah, akhirnya saya yang membeli arnab pada hari itu. Dengan berat hampir dua kilo, saya belinya dengan harga LE42 di pasar.

Balik sahaja di rumah, semua ahli beit datang melihat. Benda first time beli, nak buat 'rare', maka beginilah ragamnya.

Ada yang pegang-pegang.

Picit-picit.

Angkat, letak balik.

Ambil gambar untuk post di instagram.

Ambil gambar untuk kenangan.


Lalu, datang seorang lagi rakan serumah.

" Huish, beli arnab ka?"

Dia turut membelek-belek, seperti sahabat lain.

Tapi dia ini, pelik sedikit. Bukan sahaja tekan-tekan pada arnab itu, tetapi dia juga mendekatkan muka ke arah arnab yang telah disembelih itu.

" Hang tengok pa?'

" Tak dak pa, aku tengok pupil dia."

" Awat? Jadi lagu mana?"

" Tengok, pupil dia duk dilate ja."

" Haa, lekaih ambik torch light henset hang, hang suluh tengok."

Dia menyeluk poket, lalu hanphone dikeluarkan. Torch light dihalakan di bahagian peripheral mata arnab itu, tidak direct.

" Kan, tengok tu. Pupil dia dilate, fixed ja, lepas tu tak react pun bila suluh. " Cekap dia mendiagnosa.

" Aku tau, ni mesti 4th stage of anasthesia, death!" Saya terus buat kesimpulan.

Dia senyum.

Kari asam pedas arnab pada malam itu berlangsung dengan jayanya. Beberapa orang jiran tetangga turut terlibat.

Sedap.

"Tapi mahai..."



Tara...

Wallahua'lam.


Muhammad Iqbal.
El-Abbasiya, Cairo, Egypt.
13.3.2013
6.44 p.m




10 comments:

  1. dia mmg juai teruih lagu tu ka? dasat noh..haha

    ReplyDelete
  2. x sanggup nak makan...

    sebab arnab tu comel sangat untuk buat makanan.

    -.-

    Best ke daging arnab?

    ReplyDelete
  3. Haha. Memang comel. Sangat.

    Rasa macam burung puyuh ja bagi saya. Sedap la jugak :)

    ReplyDelete
  4. LE42

    LE tu camne nak sebut ?

    btw,

    """" Kan, tengok tu. Pupil dia dilate, fixed ja, lepas tu tak react pun bila suluh. " Cekap dia mendiagnosa.

    " Aku tau, ni mesti 4th stage of anasthesia, death!" Saya terus buat kesimpulan. """"""


    apa maksudnya ? O.o

    ReplyDelete
  5. arnab..tapi nampak mcm..er,alien?
    tapi bila jadi kari nampak mcm..sedap.

    #mungkin patut try rasa satu hari nanti. :)

    ReplyDelete
  6. haha.syafa, alien sbb bulu dia dah xdak kot?

    klu org xcakap itu kari arnab, mungkin ana bleh makan. tp kalau tau..errk.tidak..

    ReplyDelete
  7. Syafawani :

    Alien, hehe. Dah buat kulit dia, memang la macam tu. Kalau tak buang lagi comel la pulak...

    Agak sedap jugak la, boleh la nanti cuba..

    ReplyDelete
  8. Kari asam pedas la nani, rasanya bertambah sedap, bila chef dia pandai masak (bukan ana masak ).

    Ayah ana pun macam tu, kalau tak cakap arnab, makan ja. Tapi kalau habaq kata arnab, memang tak makan la dia. Dia kata macam kucin. Hehe.

    ReplyDelete
  9. D-SIM :

    LE42 = lebih kurang RM21.

    LE tu Egyptian Pound tapi orang arab sebut 'Genih'.

    Semua tu medical terms, panjang pulak kalau nak cerita, google je la ye, hehe.

    ReplyDelete

Apa buah kata anda?


Page Blog ini : Fb Page

Twitter Saya : My Twitter