3/26/12

Siri 10 : Tak Nampak.


Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang


Ah, dah lama rupanya Muhammad tak ke majlis ilmu agama. Hampir 4 hari. Rasa kosong. Memang kalau dah terlekat, lekatlah juga. Andai sudah menggigit kemanisan itu, rasa bagai mahu terus menelannya.

Ramai yang sangkakan majlis ilmu itu hanyalah kuliah-kuliah agama yang membincangkan soal Islam. Tapi, hakikatnya sungguh luas. Tak sedarkah kita yang menghadiri kuliah di universiti itu pun majlis ilmu. Tak kiralah belajar medik atau apa sahaja, ia tetap majlis ilmu. Ilmu Allah itu sungguh luas.

Pengajaran hanya kira-kira 10 minit, tetapi istiqamah setiap hari Syeikh mengajar selepas solat subuh. Sangat kagum. Bukan mudah mahu istiqamah jika segan bermujahadah.

Waktu hari-hari yang tidak cuti, hanya kuliah ini yang mampu diikuti Muhammad. Jujur, memang tak sempat pergi majlis ilmu agama lain. Buku bertambun di atas meja siapa nak baca?

Kelas seketika itu berakhir. Menuju kepada syeikh untuk bersalaman, moga berkat segala ilmu. Menatap wajah sang ulama' sungguh menenangkan. Undescribable. Tenang hati.

Hidup ini kadang-kadang perlu serabut, supaya kita tahu menyusun untuk kemas kembali keserabutan itu. Hidup ini perlu juga untuk down untuk kita tahu betapa peritnya down itu. Hidup ini perlu juga untuk berduka, supaya tak kita lupa kita bernah berduka saat kita bersuka-suka.

Berjalan keluar dari masjid. Jalan perlahan-lahan. Sengaja. Kitab dipeluk kemas di dada. Berseorang di jalanan pagi-pagi begitu buat diri Muhammad rasa kerdil berdiri di bumi Allah, rasa itu menyelinap masuk tanpa diundang. Rasa begitu rendah...


Dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong, kerana sesungguhnya engkau tidak akan dapat menembusi bumi, dan engkau tidak akan dapat menyamai setinggi gunung-ganang.
(Al-Israa' 17:37)


Dalam perjalanan balik ke rumah, cari balik kekuatan. Fikirkan apa yang akan dibuat hari ini. Adakah hanya sama dengan semalam, atau lebih bagus daripada itu. Kalau semalam down, tak akan tak mahu up balik hari ini. Tiada siapa yang nak tarik kamu untuk up, kamulah orang pertama yang perlu usaha untuk up kembali diri kamu. Hidup di perantauan begitulah adatnya. Perlu kuat.

Terkumat-kamit membaca poyongan ayat-ayat al-Quran yang menjadi amalan hariannya. Selawat buat insan mulia, insan agung yang menduduki tempat kedua di hati selepas Allah Ta'ala. Sungguh menenangkan, kembali menguatkan yang hampir roboh.

Sedarkah kita, apa yang menjadi penyebab kita down atau lemah. Kerana saat yang buat kita jadi down itu, keyakinan kita bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita berkurang. Kita jadi lupa kepada-Nya seketika saat itu. Kita jadi lupa bahawa Dia lah yang akan menunjukkan segala hikmah terhadap apa yang kita lalui tika itu. Ya, sang hikmah. Di sebabkan kita tak nampak apa hikmah yang bakal ditunjukkan Allah Ta'ala, kita jadi lemah, kita jadi down.

Tatkala sang hikmah menjelma, kita terubat. Terubat segala duka yang melanda.

" Ooo, ini rupanya hikmah terhadap apa yang berlaku kepadaku selama ini...."

Bersabar sebentar. Menggertap gigi, tahan segalanya buat seketika. Menunggu sang hikmah yang tak nampak itu, dinampakkan, hilang hijabnya. Moga segalanya cerah kembali, up kembali.



عَنْ أَبى هُرَيْرةَ رَضِىَ الله عَنْهُ قَالَ: قَالَ رَسُوْل الله صلى الله عليه وسلَّم: المُؤْمِنُ الْقَوِيُّ خَيْرٌ وَأَحَبُّ إِلَى اللهِ مِنَ اْلمُؤْمِنِ الضَّعِيْفِ وَفِى كلِّ خَيْرٌ. اِحْرِصْ عَلَى مَايَنْفَعُكَ، وَاسْتَعِنْ بِاللهِ وَلاَ تَعْحَزْ، وَلَكِنْ قُلْ: قَدَّرَ اللهُ، وَمَا شَاءَ فَعَلَ، فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَانِ
(رواه مسلم)


Dari Abi Hurairah ra, katanya: Rasulullahi sallallahu a'laihi wasalam telah bersabda : Mukmin yang kuat adalah lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada mukmin yang lemah, dan pada tiap-tiap (mereka) ada kebaikan. Bersungguh-sungguhlah kamu mendapatkan apa yang mendatangkan manfaat bagi kamu, dan pohonlah pertolongan kepada Allah dan janganlah kamu lemah, dan sekiranya suatu (musibah) menimpa kamu maka janganlah kamu mengatakan: Kalau saya melakukan itu (dulu) sudah tentu saya akan begini dan begitu, tetapi katakanlah: (Ini adalah) takdir Allah, Dia berkuasa melakukan apa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya “KALAU” membuka amalan syaitan.

( Hadis Riwayat Muslim )






Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


3/22/12

Permohonan Biasiswa Zakat Kedah

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Sungguh pantas masa berlalu. Jika duhulu saya yang memohon biasiswa itu dan ini,  tapi kini giliran adik-adik lain pula sibuk untuk memohon segala macam biasiswa. Sungguh pantas segalanya.


Jika dahulu, niat utama saya untuk memohon biasiswa ialah untuk tidak mahu lagi menyusahkan ibu bapa dalam menampung kos pengajian saya. Jujur, itulah niat utama saya.  Saya rasa kasihan melihat mereka membanting tulang untuk anak-anak mereka. Saya apply apa sahaja yang boleh saya apply.Sepadan dengan result ciput saya. Alhamdulillah, apabila ada niat yang murni, insya-Allah Allah akan bantu kita.


Kepada adik-adik, tahniah kepada yang berjaya, dan buat yang gagal, jangan biarkan anda gagal buat selama-lamanya. SPM bukanlah sebuah pengakhiran hidup.


Oh ya, alhamdulillah, saya merupakan pelajar tajaan Jabatan Zakat Negeri Kedah ( JZNK ) dalam bidang Perubatan. Oleh itu, saya mempelawa adik-adik sekalian untuk apply biasiswa ni. Bagi saya, apply saja apa yang ada, sebab kita tak tahu yang mana satu rezeki kita.



TAWARAN BIASISWA PENDIDIKAN DALAM BIDANG PERUBATAN TAHUN 2012


Jabatan Zakat Negeri Kedah Darul Aman (JZNK) mempelawa calon-calon yang berkelayakan untuk memohon biasiswa pendidikan bagi melanjutkan pengajian dalam bidang perubatan di luar negara (universiti-universiti di Mesir).


[ KELAYAKAN MEMOHON ]


1. Islam;


2. Anak negeri Kedah atau telah bermastautin di negeri Kedah;


3. Pelajar untuk tahun pertama pengajian;


4. Tidak mendapat sebarang tajaan atau biasiswa daripada mana-mana pihak;dan


5. Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2011 sahaja daripada aliran sains  dengan
memperoleh sekurang-kurangnya Gred B dalam semua matapelajaran termasuk Bahasa Arab.


[ DOWNLOAD DAN PRINT BORANG DI BAWAH ] :-


> BORANG PERMOHONAN BIASISWA PENDIDIKAN DALAM BIDANG PERUBATAN <
> BORANG PENGESAHAN PENDAPATAN <


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 APRIL 2012   [Sumber]




Buat yang berminat, boleh la apply cepat-cepat, sebelum tarikh permohonan tamat. Moga anda semua berjaya.


Wang zakat, wang berkat, tanpa diragui. Kalau nak gunakan pun perlu fikir banyak kali. Itu duit ummah, bukan hanya untuk dijamah. Segalanya amanah. Amanah ibu bapa dan paling besar amanah ummah!


# Pengalaman Temuduga Zakat Kedah

# Qiblat Ilmu

# Belajar Bahasa Arab Ammi Mesir 


Q&A : Menyambung Medik di Mesir atau Jordan


Wallahua'alam.



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egpyt.



3/15/12

Akal Dalam Kubur

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang




Dari ‘Aisyah R.A, "Aku tidak lihat Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam selepas solat melainkan baginda meminta perlindungan daripada azab kubur”. 
(H.R Bukhari dan Muslim)

Selalukah kita ingat mati?

Pernahkah kita berimaginasi bagaimana keadaan kita ketika dalam kubur nanti?

"Orang yang paling cerdik adalah orang yang sentiasa mengingati mati."
 (Riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Abidunya.)

Wajarlah orang yang cerdik ialah orang yang selalu ingat mati. Kerana dengan mengingati mati, hati kita jadi  terlalu sayu lalu rasa insaf menyergah!

Dengan ingat mati, kita jadi malu sendiri. Sedar kembali asal kejadian kita. Sedar kepada siapa kita akan kembali. Sedar kita tidak selama-lamanya hidup di dunia ini!

Pernah fikir, di mana jasad kita bakal dikebumikan nanti? Atau kita tak kisah semua itu? Sungguh, kita tak tahu semua itu. Sama ada di tempat yang mulia, atau hanya di longkangan lebuh raya dek hancur kemalangan!

Entah sempat, entah tidak kita mengucapkan kalimat 'La ilaaha illallah" sebagai akhir kalam hayat kita.

Tak tahu, memang tak tahu.

Berdoalah. Doalah. Moga segala-galanya terbaik daripada Allah Subhanallah Ta'ala.


اللهم اختم لنا بحسـن الخاتمة ولا تختم علينا بسـوء الخاتمة

Lafaz : 'Allahummakhtim lana bi husnil khaatimah, wa la takhtim 'alaina bi suu il khaatimah'

“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan husnul-khatimah (akhir yang baik), dan jangan Kau akhiri hidup kami dengan suu-ul-khatimah (akhir yang buruk)”




Satu artikel yang pernah menyentap jiwa kecil saya, ialah artikel karya Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman, yang berbicara tentang alam kubur. Sungguh menakjubkan, sungguh menginsafkan!


*  *  *  *  *  *  *  *

Bagaimana Akal Kita Tatkala Di Dalam Kubur ?

Apa perasan kita jika berselubung di dalam selimut tebal di waktu tengahari? Cuba lakukan ia selama sepuluh minit sambil berbaring seperti sekujur tubuh yang telah mati. Tanpa kipas, penghawa dingin dan tingkap dan pintu di tutup rapat.

Siapakah yang mampu bertahan lebih dari 30 minit ?

Sudah tentu minda dan tubuh kita tidak mampu menanggung ketidakselesaan itu walaupun hanya untuk 10 minit. Saya pasti kerana saya pernah mencubanya. Panas dan berhaba.



Setiap kali saya fikirkan semula percubaan saya itu, saya terfikir keadaan di alam barzakh kelak..terutamanya di liang lahad yang sempit, tertutup, tanpa penghawa dingin, tilam, tingkap serta kipas itu.

Sewaktu kita berada di alam barzakh kelak, adakah pancaindera dan penilaian minda kita terhadap alam ini sama seperti sewaktu kehidupan biasa kita di dunia?

Apabila saya utarakan hal ini. Ramai yang menjawab : "Tidak" atau juga "tidak tahu"

Apa jawapannya sebenar ?

Suka saya membawakan sebuah hadis berikut :-

ان رَسُولَ اللَّهِ ذَكَرَ فَتَّانَ الْقُبُورِ فقال عُمَرُ أَتُرَدُّ علينا عُقُولُنَا يا رَسُولَ اللَّهِ فقال رسول اللَّهِ نعم كَهَيْئَتِكُمُ الْيَوْمَ

Ertinya : Sesungguhnya Nabi Muhammad s.a.w menyebut berkenaan ujian-ujian di dalam kubur.

Lalu Umar al-Khattab r.a bertanya : "Adakah akan dikembalikan kepada kita aqal-aqal kita (di dalam kubur kelak)?"

Nabi menjawab: Ya, (ia akan dikembalikan) sebagaimana keadaan kamu (sekarang) :

(Riwayat Ahmad, no 6603, 2/172 ; Ibn Hibban, 7/387 ; Majma Zawaid , 3/47 : Al-Haithami : Perawi Ahmad adalah Sohih kecuali terdapat Ibn Lahi'ah ; Syeikh Syuaib : Hasan Lighairi)


Bagaimana pula jika terpaksa menunggu di alam kubur ni sepanjang seribu tahun sebagaimana yang dikenakan kepada si Abu Jahal. !

Dalam keadaan status penilaian aqal kita sama seperti di waktu hidup, tetapi status keadaan tubuh dan keselesaannya adalah diletakkan di ruang liang lahad yang kecil, berselimut dek kain kapan dan ditimbus oleh tanah.

Namun, bagi mereka yang derhaka kepada Allah swt, disebutkan di dalam sebuah lagi hadis :-

إن للقبر ضغطه لو سلم أو نجا منها أحد لنجا سعد بن معاذ

Ertinya : "Sesungguhnya di dalam kubur itu terdapat himpitan, dan jika seorang itu mampu selamat darinya sudah tentu (salah seorangnya) adalah Sa'ad Bin Muadz ( seorang sahabat Nabi yang hebat )" ( Riwayat Ahmad, dengan sanad yang baik ; al-Mughni 'an hamlil asfar, no 4466, 2/1237 ; Ibn Hibban, Sohih, 7/379 ; Al-ahadith Al-Mukhtarah, Dhiya ad-Din al-Maqdisi, 5/200 ; Al-Maqdisi : Perawinya thiqat)

Ya, ruh terperangkap di dalam jasad di kuburan dan merasai azab himpitan dan lainnya yang amat berat lagi perit. Moga kita dijauhkan Allah swt dari keadaan ini.

Hanya amal soleh yang dapat memberikan keselesaan tatkala itu. Ye, benar, bagi yang bersedia, bersukar untuk mempelajari, mengamalkan, dan mengajarkan Islam kepada orang ramai dengan ikhlas dan tulus, mereka akan dikurniakan kenikmatan barzakh yang bermula dengan ruhnya diangkat dan dimasukkan ke dalam burung-burung berwarna hijau dan berterbangan serta menikmati makanan di pepohon syurga. Demikian sabdaan Nabi s.a.w yang mengatakan :-

إنما المؤمن طائر يعلق في شجر الجنة حتى يرجعه الله إلى جسده يوم يبعثه

Ertinya : Sesungguhnya ruh orang mukmin itu seperti burung (atau berada di dalam burung - bermakna tidalah kelihatan ruh manusia berterbangan), yang menikmati hidangan (dan berterbangan bebas) di pepohon Syurga sehinggalah dikembalikannya oleh Allah ke jasadnya di hari kebangkitannya. ( Riwayat Malik, Tirmidzi & Ibn Hibban : Hadis Sohih ; Ibn Hibban, Arnout, Syakir)

Sekian,

Zaharuddin Abd Rahman

http://www.zaharuddin.net/


Muhammad Iqbal :

Sama-samalah kita ingatkan kembali pada diri kita. Sesungguhnya, manusia itu memang selalu lupa dan lalai. Memang selalu kena ingatkan :)



Wallahua'alam

Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


3/10/12

Reda Nafsu

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.




" Punca bagi setiap kemaksiatan, kelalaian dan syahwat ialah meredai nafsu. Dan punca bagi setiap ketaatan, kesedaran dan penahanan diri ( yakni dapat menahan diri daripada berakhlak dengan setiap akhlak yang buruk ) ialah tidak meredai nafsu.

Dan bahawa engkau bersahabat dengan seorang jahil yang tidak meredai nafsunya itu adalah lebih baik bagimu, daripada engkau bersahabat dengan seorang 'alim yang meredai nafsunya.

Kerana, ilmu manakah ( yang dapat dinisbahkan ) kepada 'alim yang meredai nafsunya, dan kejahilan manakah ( yang dapat dinisbahkan ) kepada seorang jahil yang tidak meredai nafsunya? "

( Hikam Ibnu 'Athaillah )


Muhammad Iqbal :

Jangan beri 'permit' kepada sang nafsu untuk menyinga membaham kebaikan dalam diri kita!




Wallahua'alam




Muhammad Iqbal,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


3/7/12

Ikhlas

Assalamualaikum w.b.t

In the Name of Allah,The Most Merciful and Most Compassionate.




What is IKHLAS?

It is the movements of your body coinciding with your heart's action.

But if your body does something contrary to what in your heart, then this is NOT IKHLAS.

And this IKHLAS, it's the issue that Allah keeps exclusive between Him and His creation.

Allah Subhanallah Ta'ala says,

 "Ikhlas is a secret of my secrets, I implanted it into the heart of whomever I love of my slaves. No angel sees it and writes it down, and no satan can see it to spoil it."

So, it is between the slave and his Lord.

You can be seen  among people as very pious, and when you hear athan, you run to prayer and you pray in the first line, and do all these things.

But your heart has no IKHLAS at this situation.

Maybe you did that for the people to call you pious or to encourage people to trust you in wordly matters.

Hence, the body takes one direction and heart takes one another. And, this defines hypocrisy.

Therefore, Allah Subhanallah Ta'ala gives a parable that a person may do good deeds only for it to be said.

Allah will tell him, " You have done it for it to have been said ( to be call pious ), and it was said."

" Oh, he's so pious, and so..."

So, since you have done the action with the intention of simply having it said ( by the people ), then, it's has been said. ( Meaning, you got what you wanted ).

However, but whoever does something, not for it to be said, but for solely Allah...

In our village, an illiterate man who's never worn shoes, collects crops that he cultivated. He put nine containers for himself,  and one for the side of charity. His wife sits on the side with the charity, and whenever a needy man comes, she'd give him some and ask him to " Make du'aa for my father, read al-Faatihah for my aunt." The man's listening, and she hasn't mentioned any of his own family, neither his father, mother, or aunts, all of them are her own relatives. So, he got annoyed.

So, the crop-gathering husband said to the needy person, while his wife was giving him, ' take it for Allah knows, whose crop there are ( they are not the wife's ).'

This is IHKLAS!

Allah knows whether the deeds is done by heart, only with the body.

By,

Syeikh Muhammad Mutawali as-Sya'rawi.


-Translated to English from arabic conversation-

Syeikh Muhamad Mutawalli al-Sya’rawi (1911-1998M) : Tokoh Tafsir Mesir abad 21


Wallahua'alam



Muhammad Iqbal,
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.





3/3/12

Redam Sang Hati

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Allahumma Solli 'Ala Sayyidina Muhammad




Jenuh remuk redam hati.

Direndam dalam, terus mendalam.

Menuggu jadinya lembut. Bolehlah dilentur kembali.

Oh, inilah jalan juang.

Bukan dihampar sejadah merah, tapi penuh dengan torehan merah.

Mahukan manis?

Sudah rasa pahit?

" Hingga kini, selama aku telusuri jalan orang-orang yang berjaya, orang-orang hebat, belum ku temui jalan-jalan yang mereka harungi begitu mudah. Pasti ada kegagalan pada awalnya. Pasti ada tribulasi mengelillinginya. Tidak mudah." 

Hatta Nabi Muhammad Sallallahu 'Alaihi Wasallam yang kita sanyangi, yang juga kekasih Allah, juga tidak dihidangkan jalan mudah dalam menjalankan tugas Baginda sebagai seorang Rasul.


Bertimpa.

Dia datang tanpa diundang. Datang tanpa di seru.

Datang bertimpa-timpa. Merobek hati luka.

Down. Jatuh!

Rasa terlalu bodoh.

Rasa terlalu hina.

Dihimpit rapat!

Sakit dada menahan derita.

Kenang kembali sejarah hidup kita. Sejak kita mula sedar yang kita sudah wujud di dunia ini.

Berapa kali kita pernah gagal?

Ingat?

Oh, sungguh banyak. Jari dan hati tak sanggup lagi bergandingan untuk mengira semua kegagalan itu. Banyak!

Kita hanya rasa resah gelisah kerana belum nampak sang hikmah. Sabarlah untuk melihatnya. Saat ini, perlu bersangka baik dengan Allah.

Allah, Allah, Allah...

Saat Nabi Khidir  membawa ilmu Ladunni, ilmu ILAHI. Nabi Musa 'Alahissalam juga tak sabar menanti hikmah-hikmah yang terjadi. Akhirnya, rugi padanya sendiri!


Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".
(Al-Kahfi 18: Potongan ayat 82 )



Ya Allah, mampukah aku?


" Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya."
(  al-Baqarah 2 : Potongan ayat 286 )



Koreksi tidak kesudah.

Duduk saja menanti hikmah tanpa usaha mengoreksi itu satu kebodohan gamaknya.

Tidak boleh peramkan diri semata-mata mahu tunggu hikmah.

Kena sedar siapa kita. Kenapa jadi begitu, kenapa jadi begini.

Tinggal perkara yang lalaikan jiwa.

Astaghfirullahal'azim.

Astaghfirullahal'azim.

Astaghfirullahal'azim.

Tinggalkan sebentar yang kurang aulawiyat. Bina carta aulawiyat. Pilih yang tertinggi.

Setiap segalanya, perlu modal PENGORBANAN yang amat tinggi.

Korbanlah sebentar, sebelum kita dapat menawan puncak.

Perlu ada 'Plan A', perlu ada 'Plan B'.

Concentrate. Tumpukan sepenuh hati hingga rasa kemanisan hinggap di hati.

Jangan dijangka segalanya senang, jika memilih untuk jadi pemenang.

Masih rasai dengusan angin semangat sang Ayah di cuping telinga.

Jatuh, Bangun dan Lawan!

Selonglai daunan gandum dihayun kiri dan kanan, ia tetap berteguh di atas pasak akarnya.


Wallahua'lam



Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.


3/2/12

Berselawatlah

Assalamualaikum w.b.t

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.







Mari Cintai Rasulullahi sollallahu 'alaihi wa sallam!

Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(A-li'Imraan 3:31)

Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
(Al-Ahzaab 33:56)




Wallahua'lam




Muhammad Iqbal
Hayyu Sabi', Madinah Nasr, Cairo, Egypt.